Social Media

Ini Sarah


Assalamualaikum dan hai semua,
Maaf, gambar sedikit kabur. Kami tidak mempunyai gambar dan Dina terpaksa tawan skrin daripada sebuah video lama. Kebiasaannya, Dina kurang suka bercakap tentang kenalan rapat Dina kerana Dina rasa itu adalah privasi. Demi permintaan khas oleh tuan badannya sendiri, maka, Dina kenalkan kepada awak salah seorang rakan yang Dina anggap seperti adik Dina sendiri. Ini Sarah. 

Kami kenal sebab belajar di fakulti dan kelas yang sama. Cara kami kenal sangat canggung kerana kami berdua seringkali tidak faham arahan dari pensyarah kami ketika kelas tutorial. Dina pula sejenis yang suka pilih kelas mengikut jadual pilihan Dina dan bukannya sebab kawan. Dina memang sentiasa berseorangan dalam kelas yang penuh dengan orang yang tidak dikenali. Setiap kali Dina tidak faham, Dina memang akan secara rawak bertanya orang sebelah. Allah SWT sebaik-baik perancang bukan? Maka, Dina dipertemukan dengan Sarah melalui cara itu dan kini Sarah adalah salah seorang yang penting dalam hidup Dina.

Sarah mempunyai riak wajah yang bengis dan dia juga seorang yang pendiam. Dia hanya bergaul dengan orang yang dia selesa sahaja. Mungkin ramai yang tidak tahu, Sarah sebenarnya sangat manja dan feminis. Mungkin sebab Dina pun feminis yang buat kami berdua sangat serasi? Di sebalik senyuman yang dilontarkan tersimpan seribu rahsia. Dina mempunyai satu tabiat dimana Dina suka menghulurkan bahu untuk sesiapa yang Dina nampak memerlukan walaupun dia tidak minta. Kadangkala, manusia hanya memerlukan tempat untuk mengadu dan bukannya solusi. Dari cara inilah kami menjadi semakin rapat.

Pernah sekali Dina nak layankan seorang hamba Allah SWT ini yang begitu minat dengan Avengers. Teringat pada Sarah, maka kami ajak Sarah untuk ikut menontonnya bersama dan Dina berakhir tertidur dalam panggung. Tapi begitu seronok melihat dua orang yang disayangi gembira ketika itu. Sudah cukup membuatkan Dina rasa bahagia untuk satu hari. Masih segar di dalam ingatan Dina, Sarah dan juga seorang hamba Allah SWT ini berbual tentang filem berkenaan sambil mengata tentang Dina tertidur. Waktu itu, pertama kali nampak Sarah sebagai seorang yang banyak mulut. Memori yang akan sentiasa Dina simpan. Insyaallah. 

Sarah juga seorang yang kuat dan mampu berdiri dengan kaki sendiri. Kalau tidak, mana hendaknya Sarah aktif dalam pengakap. Dina memang suka kerja dengan Sarah sebab sentiasa kemas. I'm a perfectionist. Trust me. Bila Dina kata kemas itu, betul kemaslah maknanya. Sarah sebenarnya comel tapi dia tidak pernah menyadarinya. 

Sarah, terima kasih jadi salah seorang kawan Dina yang baik. I'm not perfect. Sekiranya, Dina ada buat salah. Maafkan ya. Dina tahu kita jarang sekali berhubung. Tapi Dina nak Sarah tahu, Dina sentiasa ada disini untuk Sarah. Ya, tahu geli panggil nama. Bear with me please. Nak kena bagi semuanya seragam. LMAO.

Terima Kasih x



2 comments

  1. awww this friendship is so freaking cute! insha-Allah, moga kekal persahabatan Dina dan Sarah sampai jannah amiinnn :))

    ReplyDelete
  2. Hi Sarah, kawan baik Dina yang comel. Permulaan yang canggung terus jadi kawan baik. Good!

    ReplyDelete

Theme by STS