Assalamualaikum dan hai semua,
Seperti biasa, Dina memang sejenis manusia yang suka tukar pencuci muka. Kini Dina menggunakan COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser. Dina mempunyai kulit kombinasi hingga berminyak. Memilih pencuci muka yang sesuai seperti mampu menghilangkan minyak tanpa mengeringkan kulit agak sukar. Dina ada baca tentang kelebihan Salicylic Acid pada kulit yang membuatkan Dina lebih tertarik untuk mencuba pencuci muka ini. Jenama COSRX itu sendiri cukup terkenal dalam mengeluarkan produk untuk penjagaan kulit. Dina juga baru tahu Salicylic Acid bagus untuk exfoliate.
Ini adalah produk pertama Dina dari jenama COSRX dan Dina telah menggunakannya selama tujuh bulan. Alangkah terkejutnya Dina kerana produk ini sangat sesuai dengan kulit muka Dina. Tidak mengeringkan? Ya. Membersihkan pori dan minyak? Ya. Mengawal jerawat? Ya! YA! Dina sekarang memang sangat obses dengan pencuci muka ini. Rasa seperti tidak mahu lagi tukar yang lain.
Untuk pengetahuan awak, Dina memang ada masalah kemerahan pada pipi sejak kecil lagi. Pipi Dina kebiasaannya akan jadi lebih merah selepas mencuci muka. Cuba teka! Ya, benar! Muka Dina tidak lagi merah selepas menggunakan pencuci muka ini. Kecuali kalau kena cahaya matahari.
Tapi...
Mesti awak semua macam,'Dina ni memang penuh dengan tapi.'
Produk pencuci muka ini tidak sesuai untuk rakan Dina dan dia mempunyai masalah kulit yang berminyak. Katanya terlalu kering selepas dicuci. Di sini, Dina boleh buat konklusi bahawa produk ini ikut pada kulit individu itu tersendiri dan Dina tidak rasa ramai yang sesuai dengan COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser. Buat masa sekarang, Dina memang suka dengan pencuci muka ini. Belum terdetik untuk menukar kepada yang lain lagi buat masa sekarang.
Walaupun Dina tidak mempunyai masalah jerawat. Akan tetapi, Dina masih mempunyai jerawat ketika datang bulan. Tidak banyak. Lebih kurang satu atau dua sahaja dan agak kecil berbanding orang yang memang ada masalah jerawat. Dina tidak mampu komen lebih lanjut tentang sama ada produk ini memang bagus atau tidak bagi orang yang mengalami masalah jerawat. Apa yang Dina boleh katakan, ianya sesuai untuk Dina dalam mengawal jerawat. Setiap kali Dina datang bulan, kebiasaannya jerawat akan bertahan mungkin mengambil masa sehingga sebulan. Tapi kini, jerawat itu akan kecut sendiri tanpa ubat jerawat dalam masa beberapa hari sahaja.
Terima kasih x
saya guna moisturizer dgn essence cosrx tapi tak pernah try lagi cleanser dia maybe next time kot tunggu kaya sikit..haha
ReplyDeleteWah tentu Dina happy dan lega bila dapat produk yang berkesan dengan masalah kulit Dina. Sis pun jenis kerap tukar pencuci muka sebab ada masalah kulit kering. Sekarang sis cari produk hilangkan jeragat. Lepas satu, satu produk masih belum jumpa.
ReplyDelete