Assalamualaikum dan hai semua,
Ini botol kedua Dina. Biore Cleansing Oil Makeup Remover memang produk kegemaran Dina sejak Dina kirim dekat salah seorang rakan di Jepun. Dina mempunyai kulit kombinasi dan cleansing oil tidak buat kulit lebih berminyak ya. Kalau di Malaysia, awak boleh beli secara atas talian seperti Shopee ataupun kedai fizikal seperti Watson dan Guardian.
Fungsi Biore Cleansing Oil Makeup Remover bukan hanya untuk buang solekan, malah, boleh digunakan untuk cuci sunscreen atau rutin double cleansing. Apa yang Dina perasan, Biore Cleansing Oil Makeup Remover ini tidak mampu membersihkan maskara dengan baik. Untuk solekan mata, kebiasaannya Dina akan tanggalkan dengan Sephora Waterproof Eye Makeup Remover.
Selain daripada cleansing balm, awak boleh juga cuba cleansing oil. Kadangkala sesetengah orang tidak boleh dengan cleansing balm. Dina ada juga cleansing balm yang Dina suka. Dina akan tulis itu di post lain. Antara sebab Dina suka guna Biore Cleansing Oil Makeup Remover ini adalah harganya yang berpatutan dan minyak dia tidak terasa sangat seperti cleansing balm. Selain daripada itu, tidak membuat kulit Dina terasa seperti terbakar dan merah. Dina tidak kisah sangat tentang bahan yang ada dalam produk ini sebab Dina tidak akan biarkan cecair itu lama pada kulit Dina.
Selepas menggunakan cleansing oil, wajib cuci dengan pencuci muka ya. Kiranya, kita guna teknik double cleansing. Cara menggunakannya pun mudah sahaja. Awak perlu picit dua pam dan sapu terus ke muka tanpa air sehingga solekan awak tanggal. Kemudian, awak ambil air dan usap muka awak sekali lagi sehingga solekan awak tadi betul hilang. Akhir sekali, basuh muka seperti biasa. Tapi, Dina ada terfikir juga untuk mencuba cleansing oil yang lain. Awak ada sebarang cadangan?
Terima Kasih x
betul. kalau kita x double cleansing. muka kita xbersih sepenuhnya 🤗
ReplyDeleteberkenan pula dengan botol dia.. pink..
ReplyDelete