Social Media

All Because of You (Pasal Kau)


Assalamualaikum dan hai semua,
Wah, cerita Pasal Kau atau All Because of You kini menjadi nombor 1 dalam top 10 yang popular di Netflix Malaysia. Dina sendiri pun sudah menonton cerita ini. Rasa pelik melihat Hairul Azreen berbadan besar dan membawa watak yang sangat comel iaitu, Aiman. Dina tengok sebab adik Dina yang ajak. Untuk pengetahuan awak, Dina kurang suka menonton cerita Melayu kerana kebanyakannya sering mengecewakan Dina. 

Cerita Pasal Kau ini mengisahkan seorang gadis yang begitu minat kepada rakan karibnya dan pelbagai halangan dihadapi hanya untuk meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam. Konsep yang menarik. Genre cerita ini romantik komedi dan juga aksi. Dina suka dengan lawak-lawak Pun! Hilarious! Bukan itu sahaja, cerita ini juga banyak lawak tersirat yang dikaitkan dengan cerita Paskal. Kalau awak tengok cerita Paskal mungkin awak faham kebanyakan lawak tersirat. Orang yang macam Dina, mungkin tidak akan faham. Dina pun banyak termenung sahaja. Sebab Dina belum menonton Paskal kerana tidak berapa suka dengan genre aksi. 


Bukan itu sahaja, Dina banyak kali terganggu kerana melihat kecantikan Sophia Barakbah. Dina sahaja ke yang rasa muka dia seiras artis terkenal Korea, Park Min-Young? Masyaallah, cantik sungguh. Terpegun melihat kecantikan dia sepanjang cerita ini. Akan tetapi, watak kegemaran Dina ialah Parjo yang dibawa oleh Amerul Affendi. Very mischievous

Cerita ini sangat sesuai untuk di tonton seisi keluarga. Tidak berat sehingga perlu menggunakan otak untuk berfikir. Sangat sesuai sekiranya awak nak tengok cerita yang santai dan kelakar. Kalau awak tanya banyak ke adegan yang merepek didalam cerita ini? Jawapannya, ya. Tapi seperti Dina katakan tadi, tidak perlu berfikir ketika menontonnya. Just enjoy

Dina approved!

Terima Kasih x

4 comments

  1. I watched it without much expectations hehe tapi best lah, boleh kalau nak tengok tanpa stress nak hadam benda benda sarat. Saya kurang gemar genre aksi, but PASKAL is such a good one :)

    ReplyDelete
  2. ramai review pasal cerita ni, tak sabar nak tengok :)

    ReplyDelete
  3. Okay boleh tengok nanti. Gabungan baru hero dan heroin.

    ReplyDelete
  4. wow kalau Dina approved, maybe I should give it a try too. kalau ade masa la hahaha

    ReplyDelete

Theme by STS