
Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina ingin kongsikan pengalaman Dina buat kopi bersama susu kacang badam! Kebiasaannya, Dina gemar minum kopi Dina bersama Full Cream Milk. Selepas melihat begitu ramai Youtubers yang vegan minum kopi bersama susu kacang badam membuatkan Dina juga ingin mencuba. Post kali ini Dina akan ceritakan pendapat Dina tentang kopi bersama susu kacang badam.
Di rumah Dina mempunyai mesin Dolce Gusto. Sejak beli kapsul kopi yang baru, memang Dina sering minum kopi ini sahaja. Malas nak buat pesanan kopi semata-mata ataupun bancuh. Bila banyak sangat tengok Youtubers suka minum kopi bersama susu kacang badam ini, Dina berakhir dengan membeli sekotak susu kacang badam di Village Grocer. Sejujurnya, sebelum ini Dina selalu sahaja nampak kotak susu ini. Akan tetapi, belum pernah tertarik untuk mencubanya sehingga baru-baru ini.

Kalau awak tanya Dina, di mana nak dapatkan mesin ini. Sebenarnya, Dina juga tidak pasti. Mungkin boleh dapatkan di Shopee atau Lazada? Mama beli mesin Dolce Gusto ini di Australia. Sebab itu, Dina tidak mampu menjawab persoalan awak. Dina sengaja beli kapsul Espresso, supaya Dina boleh gunakan susu kotak Dina sendiri. Kalau awak jenis yang malas fikir, awak boleh cuba kapsul Latte.
Untuk susu kacang badam, Dina beli jenama So Good. Tidak pasti adakah ini pilihan yang baik kerana ini baru pertama kali Dina ingin mencuba susu kacang badam itu sendiri.

Cara nak buat kopi cara Dina mudah sahaja, masukkan kapsul Espresso dan pilih air sejuk. Dina suka minum kopi Dina tanpa ais sebenarnya. Tapi kalau awak nak tambah ais pun boleh dan itu pilihan. Selepas Espresso siap, Dina tuangkan susu kacang badam secukupnya kedalam cawan. Ada orang suka letak krimer juga. Dina tidak mempunyai krimer. Maka, Dina akan langkau bahagian tersebut.
Bahagian kegemaran Dina ialah bau kopi. Masa buat Espresso, bau aroma kopi sungguh menawan hati. Terus rasa tidak sabar untuk minum.

Sejujurnya, rasanya tidak seperti apa yang Dina bayangkan. Ya, benar. Ianya mempunyai rasa kekacang. Tetapi, rasa kacang badam itu sendiri sebenarnya tidak begitu kuat. Dina tidak pasti adakah kerana jenama susu ini memang kurang rasa atau sebaliknya. Susu ini juga sebenarnya rasa tawar. Mungkin sebab itu, ramai yang akan tambah krimer. Bagi pendapat Dina, susu ini tidaklah begitu sedap seperti yang digembar-gemburkan. Mungkin Dina kena cuba oatmeal milk pula.
Kopi Dina tadi, Dina perlu menambah gula untuk kurangkan rasa tawar susu tersebut. Adakah Dina akan beli susu kacang badam lagi selepas ini? Jawapannya, tidak. Rasa susu ini tidak kena pada citarasa Dina. Boleh sahaja minum. Tapi bukan sesuatu yang digemari oleh Dina.

Terima Kasih x
mahal tak mesin kopi tu? ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteDalam RM400-RM500 kalau tidak silap. Tengok jenis juga
Delete