Social Media

Some By Mi 30 Days Miracle Tea Tree Clear Spot Oil


Assalamualaikum dan hai semua,
Bukan main panjang ya nama produk kali ini. Sebenarnya, sudah lama Dina ingin memiliki Some By Mi 30 Days Miracle Tea Tree Clear Spot Oil. Sebelum ini, Dina gunakan Drying Cream dari Mario Badescu untuk jerawat Dina. Tapi macam biasa, Dina sejenis suka mencuba dan Dina juga bukan muka jenis yang berjerawat banyak. Maka, nak tunggu Drying Cream itu habis memang lambat sangat. Nak cuba yang lain risau membazir pula. Alhamdulillah, rezeki Dina baru-baru ini. Dina mampu memiliki produk ini. 

Masa Dina dapat, memang terus Dina cuba. Sudah alang-alang ada jerawat ketika itu. Dina guna produk ini ketika sebelum tidur. Terkejut Dina bila bangun dari tidur keesokan paginya. Jerawat mengecut dan parut semakin pudar. Am amazed! Begitu teruja Dina sampai terus suruh kawan-kawan yang lain cuba beli juga. Harga dia agak mahal tapi berbaloi. Botol kaca ya. Dina memang peminat produk Korea sebab setakat ini tidak pernah mengecewakan lagi. Walaupun ada beberapa produk yang Dina kurang suka. Tapi kebanyakannya bagus.


Kekurangan produk ini ialah bau dia. Dina kurang suka bau dia. Mungkin ada orang suka tapi bukan Dina. Antara kebaikan produk ini juga ialah cecair yang mudah diserap ke dalam kulit. Tapi dia juga ada efek berangin selepas letak pada kulit. Rasa itu tidak mengganggu Dina sangat. Cara guna dia senang sahaja, awak tuang pada putik kapas dan sapu. Jimat pun jimat. Saiz dia kecil sahaja, 10 ml. Tapi jimat sebab awak tidak guna banyak. Setitik sahaja. 

Buat masa sekarang, memang Some By Mi 30 Days Miracle Tea Tree Clear Spot Oil ini menjadi pilihan Dina. I'm approved! Awak boleh dapatkan produk ini di Watson! Harga asal, RM68. Tapi kalau promosi boleh jatuh sehingga RM47.60. Hari ini Dina semak masih ada promosi. Awak patut dapatkan sekarang sebelum naik harga asal!

Terima Kasih x

Post a Comment

Theme by STS