Social Media

seaNtree Collagen Sheet Mask


Assalamualaikum dan hai semua, 
Seperti yang awak pernah baca di post Mini Haul from SASA , Dina ada cakap akan cuba buat review satu demi satu tentang sheet mask tersebut. Maka, ini adalah mask pertama yang Dina cuba sejak beli! Jenama seaNtree dan bahan utama ialah Collagen. Menarik bukan? Produk ini ada juga kata sheet mask ini fokus kepada liveliness dan juga elasticity

Produk ini mempunyai wangian. Setakat ini Dina tidak jumpa lagi sheet mask yang tiada bau. Tapi bau produk ini memang lebih kurang dengan kebanyakan sheet mask murah yang lain. Dina tidak terganggu sangat dengan bau produk ini. Apa yang buat Dina terkejut ialah cecair yang ada dalam pembungkusan ini sangat sedikit. Kebiasaannya, sheet mask yang Dina beli sentiasa ada cecair yang banyak. Sampai tahap Dina bingung hendak sapu dekat mana. Bagi Dina, itu satu kebaikan kerana tiada pembaziran yang berlaku. Cuma cecair produk ini cepat sejat. Cukup 10 minit, sheet mask itu sudah pun kering. Memang, awak tidak boleh guna lebihan pada sheet mask itu pada tengkuk mahupun tangan.


Produk ini mengandungi alkohol. Dina memang kurang gemar dengan produk yang menggunakan alkohol. Masa beli memang Dina main ambil sahaja tanpa melihat bahan. Kalau awak jenis kulit yang sensitif, memang Dina tidak sarankan produk ini. Masa Dina guna sheet mask ini, memang tiada sebarang reaksi pada kulit. Tiada kegatalan ataupun kemerahan pada kulit. 

Kulit Dina terasa lembut selepas guna mask ini. Cuma , jerawat  naik keesokan harinya. Mungkin disebabkan bahan yang ada dalam produk ini. Muka Dina bukan jenis yang mudah naik jerawat. Bagi pendapat Dina, Dina lebih suka dengan sheet mask dari Innisfree. Innisfree masih di hati. Masih belum ada yang mampu tandingi. Tapi kita belum cuba yang lain lagi? Mungkin Dina akan jumpa yang mampu setanding Innisfree? 


Adakah Dina rasa lebih segar dan kulit semakin tegang selepas guna? Sejujurnya, tidak. Bagi Dina setiap sheet mask mempunyai fungsi yang sama, iaitu melembapkan kulit. Sekiranya, Dina nak fokus kepada masalah kulit seperti kedutan dan sebagainya. Dina lebih tertarik untuk menggunakan serum. Kerana serum lebih berkesan. 

Dina suka sheet mask kerana ianya lebih melembapkan berbanding moisturiser. Dina selalu akan guna sheet mask sehari sebelum Dina nak pakai solekan ataupun selepas Dina memakai solekan seharian. Kiranya, Dina bagi kulit Dina berehat daripada bahan kimia pada alat solek. 


Jaga kulit juga sebahagian daripada self-love! Don't forget to love yourself today!

Terima Kasih x

Post a comment

Instagram

Theme by BD