
Assalamualaikum dan hai semua,
Seperti yang dijanjikan, Dina akan buat post dan review setiap sheet mask yang Dina beli. Buat siapa yang belum baca dan nak tahu di mana Dina beli, boleh baca di Mini Haul from SASA. Sebelum ini, Dina baru review satu sheet mask. Kalau awak nak baca, boleh baca di seaNtree Collagen Sheet Mask. Untuk pengetahuan awak, Dina memang peminat produk yang mengandungi beras. Di Korea, produk yang mengandungi beras sangat popular kerana dipercayai ianya mampu memutihkan dan membaiki kulit.
Kulit Dina kalau pakai sebarang produk yang mengandungi beras, pasti akan nampak lebih sihat dan lembut. Bila nampak sahaja sheet mask yang mempunyai bahan seperti beras, Dina memang terus ambil. Kalau awak biasa baca Dina punya blog, pasti awak tahu Dina adalah pengguna setia sheet mask dari Innisfree. Buat siapa yang nak beli sheet mask ala ala Innisfree dan bukan produk tiruan, maka, Dina sarankan awak untuk cuba yang ini. Selepas Dina mencubanya terus jatuh hati. Seolah-olah sheet mask dari Innisfree tapi dengan harga yang lebih murah!

Iritasi? Tiada. Jerawat? Tiada. Kulit nampak lebih sihat selepas bangun dari tidur. Produk ini juga ada mengatakan mereka mempunyai bahan seperti hyaluronic acid. Tapi yang Dina nampak Sodium Hyaluronate. Selepas Dina membaca, Dina dapati Sodium Hyaluronate ialah garam yang diambil dari hyaluronic acid tetapi fungsinya atau kebaikannya sama seperti hyaluronic acid malah serapan ke dalam kulit lebih cepat.
Kalau awak nak baca selanjutnya awak boleh baca di https://www.paulaschoice.com/expert-advice/skincare-advice/anti-aging%2Fwrinkles/how-hyaluronic-acid-benefits-skin.html
Bagi pendapat Dina, sheet mask semuanya lebih kurang sahaja fungsinya. Tapi awak kena tengok juga bahan yang mana lebih sesuai pada kulit awak. Lagi-lagi orang yang memang kulitnya begitu sensitif ataupun mempunyai masalah kulit seperti jerawat. Dina lebih suka menggunakan sheet mask kerana lebih bersih dan tidak perlu takut dengan kuman pada produk.

Produk ini mempunyai bau yang tidak terlalu kuat hingga mengganggu Dina. Dina menggunakan produk ini selama 15 minit dan lebihannya Dina sapu pada tengkuk Dina. Adakah Dina akan beli produk ini lagi pada masa akan datang? YES! Bila sudah jumpa satu sheet mask yang bukan produk dari Innisfree dan Dina begitu suka apabila menggunakannya, membuatkan Dina lebih teruja untuk cuba yang lain! Betul orang tua kata, belum cuba belum tahu.
Terima Kasih x
wow mcm best aje mask ni
ReplyDelete