
Assalamualaikum dan hai semua,
Kawan Dina ramai marah sebab Dina memiliki begitu banyak foundation sedangkan Dina hanya mempunyai satu wajah. Hey, I can't help it. Dina memang peminat alat solek. Dina akan beli kalau orang cakap produk ini bagus dan menilainya sendiri. Maka, setiap apa yang Dina tulis dalam blog ini adalah pendapat jujur Dina. Muka Dina jenis cepat berminyak kerana cuaca Malaysia yang panas. Kalau pakai solekan, pasti akan cepat cakey mahupun cair. Sebab tu, Dina suka mencuba agar Dina jumpa foundation yang betul-betul sesuai dan tahan untuk wajah Dina.
Sejujurnya, Dina tidak pernah baca sebarang review mengenai Rimmel London Lasting Finish 25H Foundation With Comfort Serum ketika Dina membelinya. Dina beli sebab ada promosi ketika itu. Benda pertama yang digeruni oleh Dina ialah berminyak kerana foundation ini bukan matte. Masa mula beli, Dina cuba pakai untuk pergi kelas sebab Dina berjalan kaki. Untuk pengetahuan awak, Dina tidak suka pakai solekan ke kelas sebab Dina pasti muka Dina akan cakey sesudah sampai di kelas. Perasaan itu lebih menakutkan daripada kena kejar hantu. Tapi terkejutnya Dina, foundation ini tidak jadi cakey langsung, cuma Dina perlu matte-kan dia balik. Sebab Dina tidak suka muka nampak dewy.

Dina beli foundation ini dengan harga promosi di Guardian ketika itu, RM 20. Dina rasa berbaloi sangat sebab seronok pakai. Foundation ini mempunyai dewy finish dan terasa sedikit melekit. Untuk pengetahuan awak, foundation yang 'melekit' lebih bagus dalam buat awak punya blusher dan juga bronzer tahan lama berbanding matte finish. Dina tahu pun dari jurusolek. Seperti biasa, sebarang foundation awak boleh matte-kan dia dengan menggunakan bedak.
Tapi Dina rasa, orang yang mempunyai kulit kering lebih cantik bila menggunakan foundation ini. Dina suka pakai foundation ini kerana kulit Dina nampak macam sihat. Mungkin kerana serum yang ada dalam foundation ini? Bau foundation ini pun wangi. Datang bersama pam. Very hygienic!
👄 4.2 / 5
Terima Kasih x
saya tak rajin nak pakai foundation..pernah beli dia punya bb cream, memang murah harga dia..hehe
ReplyDeleteDina pula tak pernah guna bb cream dia. Lepas ni boleh cuba. hehe
DeleteRM20 sgt berbaloi
ReplyDelete