
Assalamualaikum dan hai semua,
Memandangkan Halloween sudah hampir, rasa teruja untuk menunggu keluarnya banyak cerita bergenre seram semakin membuak-buak. Dina suka betul tengok cerita yang bergenrekan seram. Memandangkan cerita Ratched ini baru keluar di Netflix dan barisan pelakonnya adalah Sarah Paulson dan Finn Wittrock. Pelakon American Horror Story? Cerita ini pun ada aura seperti AHS? Terus klik tonton! Siapa peminat AHS pasti mengenali mereka.
Sudah terang lagi bersuluh, Dina sudah tamatkan cerita ini. Maka, post kali ini Dina akan menulis pendapat Dina tentang cerita Ratched. Buat pengetahuan awak Ratched adalah seorang jururawat pada zaman peperangan. Nama penuh Mildred Ratched. Ratched ini mempunyai perasaan yang sentiasa kesian sehingga sanggup membunuh. Dia percaya mati sahaja yang mampu menghilangkan kesakitan atau keperitan yang dilalui oleh seseorang.

Suatu hari ini, Ratched berhasrat untuk bekerja di sebuah hospital yang dipenuhi dengan pesakit mental. Pelbagai helah yang dilakukan agar diterima di hospital tersebut. Ratched mempunyai sebab tersendiri untuk bekerja di hospital tersebut. Kalau awak bukan jenis yang suka tengok cerita genre gory horror, cerita ini bukan untuk awak. Walaupun cerita ini bergenre gory horror, tapi adegan putus tangan dan sebagainya tidak begitu banyak seperti AHS.
Cerita ini agak perlahan dipermulaan episod dan mula laju pada dua episod terakhir. Tidak selaju AHS tapi Dina suka jalan cerita dia. Seronok sebenarnya menonton cerita ini sambil cuba fahamkan kenapa Ratched mempunyai fikiran sedemikian. Apakah insiden yang berlaku dalam hidupnya sehingga dia mempunyai kepercayaan yang begitu. Setiap jenayah yang dilakukan, Ratched tidak pernah sekali pun rasa itu sebagai satu kesalahan. Ratched rasa apa yang dilakukan olehnya adalah perkara baik walaupun sehingga menyebabkan kematian. Cerita ini diolah dan diadaptasikan dari sebuah novel bertajuk One Flew Over The Cuckoo's Nest.

Ada juga khabar angin yang mengatakan cerita ini dari kisah benar yang berlaku pada penulis novel ini sendiri. Tapi kesahihan khabar angin itu sendiri, Dina pun tidak begitu pasti. Kerana tiada sebarang komen dari penulis novel tersebut. Pengakhiran episod cerita Ratched ini tergantung. Pasti akan ada musim kedua dan Dina agak teruja untuk menonton sambungannya.
Dina tonton cerita ini di Netflix. Setakat ini, kebanyakan cerita dari Netflix sendiri memang tidak pernah mengecewakan. Cerita ini ada versi tahun 1975 yang diberi nama One Flew Over The Cuckoo's Nest dan awak boleh tonton di Google Movie. Kalau awak lebih suka membaca daripada menonton cerita, awak juga boleh dapatkan buku ini di MPH.
Memandangkan Dina sudah habiskan drama ini, Dina kena cari drama baru lah nampak gayanya.
Terima Kasih x
Okay nak bookmark dulu. Ada masa boleh layan. Tq share. Suka gak cerita bergenre seram
ReplyDeletealamak sakit perut tgk cite mcam ni hihi
ReplyDelete