Social Media

Perubahan Yang Berlaku Dalam Hidup Sepanjang 2020


Assalamualaikum dan hai semua,
Nak kata tentang perubahan yang berlaku dalam hidup sepanjang 2020 ini sebenarnya banyak. Mungkin Dina akan tulis yang mana Dina ingat sahaja ya. Tahun 2020 begitu banyak mengajar Dina tentang hidup dan buat Dina jadi seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini. Dina tahun ini mula menghargai diri Dina dengan cara sentiasa letak diri Dina dulu sebelum orang lain. Tidak dinafikan ramai yang marah Dina sebelum ini kerana seringkali meletakkan orang lain sebelum diri Dina sendiri. Mungkin masa itu belum sedar.

Rasa begitu lega apabila Dina mengutamakan diri Dina sendiri. It's not selfish to put yourself first! Mental, fizikal dan emosi kita lebih penting daripada orang lain. Lakukan apa sahaja yang mampu buat diri sendiri lebih bahagia. Tiada siapa yang mampu menyayangi diri kita lebih daripada kita sendiri. Kalau minum Starbucks boleh buat awak lebih gembira? Teruskan. Beli dan minum. Peduli apa orang kata. Sekarang, Dina akan sentiasa fikirkan tentang Dina dahulu sebelum orang lain. 

Kalau awak nak baca artikel kenapa ianya tidak dianggap pentingkan diri bila awak letak diri awak dulu sebelum orang lain, boleh baca di https://www.bustle.com/articles/83525-7-reasons-putting-yourself-first-is-not-selfish-at-all

Seterusnya, Dina sekarang cuba untuk kekal positif. Siapa yang kenal Dina, pasti tahu Dina memang gemar buat lawak Dark Humour. Ini kerana, Dina sering berfikiran negatif. Seseorang yang setiap masa mempunyai fikiran negatif hendak bertukar sepenuhnya kepada positif bukanlah perkara yang mudah. Malah, Dina masih berusaha untuk kekal positif. Apa yang Dina perasan, bila kita ajar diri kita untuk kekal positif bukan sahaja mampu efek emosi, malah, mental kita juga akan jadi lebih sihat. Dalam kita tidak sedar juga, kita sebenarnya belajar untuk bersangka baik pada yang Maha Esa. Dua dalam satu!

Tahun ini juga, Dina mula membaca kembali. Dina percaya orang yang cerdik datangnya dari orang yang suka membaca. Membaca adalah hobi yang bagus sebenarnya. Dina masa kecil dulu memang suka membaca. Dina siap ada koleksi buku Disney dan juga Mr. Midnight. Namun, semakin meningkat usia semakin malas. Begitu sukar untuk mulakan balik tabiat suka membaca. Nak habiskan bab 1 itu pun sudah memakan masa yang sangat lama. Bukan apa, malas menguasai diri. Tapi sejak tahun ini, Dina tetapkan berapa banyak bab untuk Dina habiskan dalam masa satu hari. Lama kelamaan Dina mampu menghabiskan buku tersebut dengan lebih pantas. Dina akan catat dalam jurnal Dina selepas selesai membaca. Dina juga baru sahaja buat akaun Good Reads. Tapi belum rajin untuk kemaskini akaun Dina. 


Irdina's bookshelf: read


goodreads.com

Dina juga sedang belajar untuk sentiasa cermin diri Dina pada setiap malam sebelum tidur, supaya Dina sentiasa memperbaiki diri dan jadi yang lebih baik. Tiada yang sempurna dalam dunia ini kerana kesempurnaan itu milik Allah SWT. Dina tidak mengejar  akan kesempurnaan. Dina hanya berusaha untuk menjadi lebih baik. 

Ditinggalkan dan Covid-19 benar memberi impak yang besar dalam hidup Dina. But, I found my inner peace. Dina patut bersyukur. 


Terima Kasih x



1 comment

  1. A lot of things have happened in 2020 - both the good and bad. But everybody is growing and adapting the best they can in these strange times. Hope the rest of our year turns for the better!

    ReplyDelete

Theme by STS