
Assalamualaikum dan hai semua,
Pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh Dina ialah menjadi jurusolek untuk majlis pernikahan! Seperti yang awak semua tahu, Dina bukan jurusolek mahupun begitu mahir dalam bidang ini. Dina hanya seseorang yang begitu gemar dengan alat solek dan jadikannya sebagai hobi. Pada mulanya, Dina jenis suka main dengan alat solek dan jadikan kawan-kawan rapat Dina sebagai kanvas.
Setiap kali beli alat solek baru sahaja, pasti rakan-rakan yang jadi mangsa. Tapi mereka suka. Kadangkala sampai tahap mereka sendiri yang tawar diri nak Dina solek mereka. Dina sejenis kalau solek muka orang, Dina lebih kepada nampak semulajadi dan Dina lebih suka menggunakan produk yang ringan tapi cukup tebal untuk tutup segala parut. Ada juga yang suka beli foundation lepas tu minta Dina cuba di muka mereka. Untuk tengok adakah mereka membuat pilihan yang tepat.

Pada suatu hari ini, mama minta Dina tolong solek salah seorang ibu kepada rakan adik Dina untuk majlis pernikahan. Tanpa bayaran kerana Dina bukan jurusolek yang mahir. Dina hanya seseorang yang guna membuat solekan sebagai hobi. Semua alat solek disediakan oleh aunty itu. Dina memang tinggal pakaikan sahaja. Ada juga yang Dina berakhir guna alat solek kepunyaan Dina. kerana rasa serba tidak lengkap. Masa nak mulakan solekan tersebut memang gementar. Dia memang percaya Dina sepenuhnya untuk solekan ini. Mengikut tema apa yang Dina nak. Risau pun ada. Dina bukan seseorang yang begitu mahir. Tapi itu lah pengalaman Dina yang paling tidak dapat dilupakan. Mungkin solekan ini bukan solekan yang terbaik, tapi Dina tidak akan putus asa. Dina akan cuba sehingga Dina cukup mahir. Mungkin satu hari nanti Dina boleh jadi jurusolek?
Baru-baru ini juga, kawan Dina ada minta tolong solekkan dia untuk majlis formal. Dina memang buat untuk suka-suka sahaja. Agak terharu bila ada yang suka hasil kerja Dina. Walaupun Dina tahu banyak yang perlu diperbaiki lagi.

Dibawah ini juga ada beberapa gambar kawan Dina yang Dina pakaikan solekan untuk majlis. Mereka suka bagi Dina tema bebas. Selagi ianya sesuai dengan muka mereka.


Terima Kasih x
usaha tangga kejayaan!
ReplyDeleteSemua yang berjaya bermula secara kecil kecilan...
teruskan usaha ya! :D