
Assalamualaikum dan hai semua,
Mari kita lihat apa yang Dina sudah capai pada tahun ini. New template for blog and domain! Dina sudah lama mengimpikan domain sendiri dan juga templat baru untuk blog Dina ini. Tidak sangka tahun ini, impian kecil Dina tercapai!
Dina mula menulis blog pada usia darjah 6 kerana terikut-ikut dengan mama. Blog Dina memang ketika itu, Dina banyak luahkan perasaan dan juga buat tutorial html. Dulu memang follow semua rakan-rakan sekolah sahaja. Tapi tidak sangka, Dina sahaja yang masih bertahan dan kekal menulis. Domain pertama Dina ialah irdinalovesfredfigglehorn.blogspot.com. Mungkin siapa yang sudah baca blog Dina dari dulu, pasti kenal domain ini. You will be like,"ye doh!" Dina guna domain ini bertahun-tahun sehingga Dina membuat keputusan untuk tukar kepada 199xkids.blogspot.com.
Pada mulanya, memang terdetik nak beli domain cutemonstaa.com, tapi Dina mula rasa ada yang tidak kena tentang domain ini. Sehingga suatu hari, bekas kawan baik Dina ada tersebut "OH! DINA!" Terus idea datang. Oh, Dina. Comel. Memang tidak fikir panjang. Terus tukar ke Ohhdina.blogspot.com. Kerana begitu sayang dengan domain ini, maka, Dina beli ohhdina.com.
Sebelum ini, blog Dina memang 100% kod dari Dina sendiri dan Dina lebih suka menggunakan blogskin sebagai rujukan. Bukan itu sahaja, Dina juga ada buat blogskin Dina sendiri dan kongsikan pada sesiapa yang nak secara percuma. Good old days. Sejak masuk bidang IT ini, Dina mula muak tengok coding. Maka, Dina buat keputusan untuk beli sahaja. Mudah. Dina tinggal tukar sikit-sikit sahaja.
Tapi nak tukar templat pun tidak sempat kerana sibuk dengan dunia luar. Bagi Dina, menukar templat boleh dianggap sebagai pencapaian dan Dina patut menyambut pencapaian Dina ini. Menulis setiap hari juga boleh dianggap sebagai pencapaian. Tahniah, Dina.
Apa pula pencapaian awak pada tahun ini?
Terima Kasih x
waa.. best kan bila dah tukar domain.. sy pun nak masuk setahun dah
ReplyDelete