Social Media

My Current Favourite Songs!


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina akan kongsikan playlist lagu kegemaran Dina yang ada di Spotify. Sebenarnya Dina jarang sekali menggunakan Spotify sebab Dina langgan Apple Music. Tapi Dina suka buat playlist yang sama di kedua-dua akaun Dina. Dina memang mempunyai tabiat yang pelik seperti itu. Kadangkala, Dina ada juga langgan Spotify yang untuk satu hari. Sebab Dina nak susun playlist tanpa iklan. 

Dina lebih gemar dengar lagu sedih. Dina tidak tahu kenapa. Genre kegemaran Dina ialah R&B. Dina pula sejenis mudah tertarik dengan lirik lebih daripada irama lagu itu sendiri. Mungkin setiap lirik yang dikatakan kena pada jiwa Dina? Mungkin? Dina sendiri tidak pasti. Dina tidak terhadkan diri Dina dengan hanya beberapa genre. Sebenarnya, Dina dengar juga lagu yang bergenre Rock mahupun Heavy Metal seperti Avenged Sevenfold, Bring Me To The Horizon, Mayday Parade dan banyak lagi. Ikut juga pada keadaan Dina ketika itu. 

Orang kata, dengan hanya tahu jenis lagu apa yang kita dengar sudah cukup untuk mengenali siapa diri kita. Mungkin benar? Mungkin juga tidak? Feel free to judge me. Honestly, I don't really mind


Amaran, kebanyakan lagu yang ada pada playlist Dina mengandungi kata-kata kesat. 



Apa lagu kegemaran awak buat masa ini? Kongsikan dengan Dina. Mana tahu, kita boleh kongsi minat yang sama?

Terima Kasih x

1 comment

  1. I listen to Losing You - Wonho repetitively these days. It's an English song by a korean artist. I love the lyrics the most!

    I dont usually keep up with new English songs but KPop lol

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD