
Ini post Cabaran Mingguan Blog yang ketiga. Dina agak suka tajuk ini kerana Dina memang kaki Netflix. Teruja Dina nak kongsikan setiap filem dan drama yang digemari. Genre yang disukai oleh Dina ialah seram dan juga kelakar. Dina tengok juga romantis tapi kurang. Boleh sahaja kalau nak tengok, selagi bukan selalu. Dina akan mulakan dengan filem kegemaran disusuli dengan drama kegemaran.
Setiap cerita yang ditulis adalah dari Netflix. Dina memang langgan Netflix setiap bulan. Netflix punya pakej serendah RM17. Awak boleh batalkan langganan awak bila-bila masa. Jika tidak silap, sekiranya awak sudah bayar pada bulan ini dan awak terus batalkan. Netflix masih boleh ditonton sehingga hujung bulan. Tapi Dina tidak begitu pasti. Dulu, Dina akan pastikan Dina batalkan beberapa hari sebelum tarikh pembayaran baru. Kalau awak berminat untuk melanggan boleh tekan butang dibawah ini:
Filem kegemaran;
Midnight Sun.

Cerita ini mengisahkan seorang gadis yang kulitnya tidak boleh kena cahaya matahari kerana ianya boleh membawa maut. Gadis ini menghidap penyakit Xeroderma Pigmentosum dan hanya boleh keluar pada waktu malam. Dina tertarik kerana Midnight Sun ini bukan hanya terhad kepada percintaan semata-mata, malah, penuh dengan kisah keluarga, persahabatan dan kehidupan gadis itu sendiri. Seperti kebanyakan cerita yang melibatkan penyakit, pasti akan ada babak yang cliche seperti watak itu berakhir dengan kematian mahupun berpisah. The Midnight Sun juga tidak terlepas untuk mempunyai pengakhiran yang sama.
Dina suka tengok cerita-cerita yang bagi kita pengetahuan tentang sesuatu penyakit tapi melalui filem. Dulu Dina suka tengok cerita The Red Band Society sebelum cerita itu dibatalkan. Cerita The Red Band Society lebih kurang seperti ini. Tidak hanya terhad kepada percintaan semata-mata. Dina kurang suka cerita The Fault In Our Star dan Five Feet Apart. Mungkin Dina kena baca dua novel cerita ini baru boleh menambat hati Dina? Mungkin.

Dina kagum dengan kekuatan dan kesabaran seorang yang bergelar ayah. Jack, seorang bapa tunggal yang membesarkan seorang gadis bernama Katie. Jack sentiasa memastikan anaknya dilengkapi dengan apa sahaja yang diperlukan supaya anak dia mampu membesar seperti orang lain. Tidak pernah sekalipun dia mengabaikan kebahagiaan dan kesihatan anak dia. Sering saja dipantau olehnya.
Anak dia cuba menipu pun dia tidak marah kerana baginya setiap saat bersama Katie itu berharga.


Persahabatan. Mereka berkawan sejak kecil dan ini sahaja satu-satunya kawan yang Katie ada dan percaya, Morgan. Awak mesti ada juga satu sahabat yang tidak pernah putus tanya khabar. Sentiasa ada ketika susah dan senang. Begitulah hubungan Morgan dan Katie. Selepas kematian Katie, Morgan adalah salah seorang yang paling sedih kerana mereka hampir setiap hari meluangkan masa bersama. Kehilangan sahabat menyakitkan seperti kehilangan keluarga.

Meet Charlie. Benar, inilah dia jejaka pujaan hati Katie. Watak Charlie ini juga menarik sebenarnya. Charlie tidak pernah berhenti untuk buat setiap detik dalam hidup Katie penuh bermakna. Katie sentiasa rasa diri dia seperti gadis yang lain apabila bersama Charlie sehingga Katie sendiri tidak sanggup untuk memberitahu akan penyakitnya. Dina tidak nafikan mereka serasi bersama.
Filem ini penuh dengan emosi dan perasaan yang bercampur-baur. Buat ketika ini, The Midnight Sun adalah filem kegemaran Dina. Mari beralih ke drama!
Drama kegemaran;
American Horror Story

Sejujurnya cerita ini tidak seram walaupun genre seram. Akan tetapi, Dina suka jalan cerita setiap musim. Keunikan cerita ini ialah setiap musim mempunyai kisah yang berlainan. Kalau awak tidak tengok satu musim pun, awak masih boleh faham seluruh cerita itu. Unik bukan?
Tiada satu musim pun yang Dina tidak suka. Tapi, cerita ini kena sentiasa fokus untuk faham kerana ianya berkait rapat untuk setiap episod.

Dina tidak akan terangkan setiap satu musim kerana terlalu banyak untuk diterangkan. Cerita ini memang padat dengan benda aneh sehingga tahap kita obsess nak tengok episod yang seterusnya. Adik Dina yang mula kenalkan cerita ini. Pada awalnya, memang Dina rasa cerita ini mengarut. Mungkin sebab masa tengok tu sekejap sekejap sahaja. Dina mula tengok bila Dina kehabisan drama untuk ditonton.
Fakta menarik tentang AHS ialah setiap musim mempunyai kisah benar. Awak nak baca selanjutnya, awak boleh baca di https://www.distractify.com/entertainment/2018/09/12/ZKFHHF/is-american-horror-story-based-on-true-stories
Apa filem dan kegemaran awak pula?
Terima Kasih x
saya suka layan drama asia je, bulan ni dah unsubscribe neflix..hehe
ReplyDelete