
Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa sudah cuba pai baru dari Mekdi? Apa pendapat awak tentang pai baru ini? Masa Dina cuba McDonald's Salted Caramel Chocolate Pie ini, Dina tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Risau kecewa macam Chocolate Banana Pie. Dina beli memang tepat pada hari pai ini keluar. Ketika itu, Dina teringin benda manis.
Tidak dinafikan juga, pembungkusan produk ini comel. Kombinasi warna yang buat Dina rasa terpegun. But, we should not judge a book by its cover. Gigitan yang pertama sudah buat Dina terasa ada sesuatu yang pahit. Manis dan pahit di hujung. Disebabkan Dina begitu tertanya-tanya, Dina berakhir dengan cuba gigit kanan dahulu dan seterusnya kiri. Rupanya, pahit itu datang dari cokelat. Dina tidak pasti, Mekdi di kawasan rumah Dina ni salah masak ke ataupun mereka memang cuba untuk seimbangkan rasa manis itu. Bagi Dina Salted Caramel itu sendiri sudah sempurna. Tidak terlalu manis. Just nice. Di makan bersama cokelat yang pahit? Its a big no!

Adakah Dina akan beli lagi sekali? Tidak. Dina tidak suka rasa cokelat dia tapi salted caramel sedap. Sekiranya Mekdi buat salted caramel sahaja sebagai pai, Dina mungkin akan beli. Keseluruhan sedap kecuali cokelat. Awak boleh dapatkan pai ini dengan harga RM4+.
Terima kasih x
Post a Comment