Social Media

lookATME Vegetable Bunny Face Mask


Assalamualaikum dan hai semua,
Tidak dinafikan, Dina beli yang ini kerana pembungkusannya. Comel! But ladies, don't judge a book by its cover. lookATME Vegetable Bunny Face Mask ini sangat pelik dan tidak sesuai untuk muka Dina! Cecair yang ada pada sheet mask ini sendiri pelik kerana berlendir. Yes! Lendir! Bila letak pada muka pula, kulit terasa tegang. Sampai nak tersenyum pun susah. Rasa lendir pada kulit sangat menjengkelkan dan menggelikan. 

Nasib baik bau tidak pelik. Elok sahaja Dina sentuh dan dapat tahu ianya berlendir, Dina terus bau. Risau kalau bau pun busuk, memang Dina buang. Nasib baik tidak. Sheet mask ini juga membuat kulit Dina iritasi ya. Gatal masa gunakannya. Memang Dina pakai sekejap sahaja, sebab terasa gatal dan kulit Dina tidak begitu sensitif ya. Mungkin untuk siapa yang mempunyai kulit yang sensitif, Dina memang tidak sarankan beli sheet mask ini. 


Kelebihan sheet mask ini yang Dina suka ialah mudah serap ke dalam kulit. Kulit automatik rasa lembut dan nampak sihat. Tapi tergaru-garu juga lah sementara nak tunggu serap. Mungkin ada formula yang tidak sesuai pada kulit Dina. Tapi Dina suka akan arnab yang ada di bungkusan ini. Itu yang masa beli tidak tengok bahan langsung. Main ambil sahaja. Kesilapan sendiri. Harap, satu lagi itu mempunyai formula yang lebih baik. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, mungkin sheet mask satu lagi ini pun akan mempunyai reaksi yang sama kerana kedua-dua produk ini mempunyai bahan yang lebih kurang sama.

Dia tidak pasti ini kebaikan ataupun keburukan, tetapi selepas cecair tersebut serap kedalam kulit terus kegatalan yang dirasai tadi semakin hilang. Pelik. Tapi menarik. Setakat ini tiada kemerahan yang berlaku. Mungkin itu juga petanda yang baik. Ini juga mungkin akan jadi pertama dan kali yang terakhir Dina beli produk ini. Tengok kepada keadaan. Julung kalinya, Dina pakai sheet mask penuh dengan pelbagai emosi. 

Kalau awak nak tahu Dina beli produk ini dimana, awak boleh baca di post Dina http://www.ohhdina.com/2020/08/mini-haul-from-sasa.html

Apa yang lebih mengelirukan ialah apabila Dina bangun daripada tidur dan lihat kulit Dina lebih sihat daripada biasa. Kebiasaannya, Dina akan pakai Laneige Water Sleeping Mask selepas Dina pakai sheet mask. Ini kerana, Dina ingin memastikan kulit Dina mempunyai lembapan yang cukup sebab Dina tidur dalam penghawa dingin. Mungkin mereka adalah kombinasi yang sangat sesuai untuk kulit Dina? Dina sendiri tidak pasti. Paling penting hasil kulit Dina pada keesokan harinya cantik.

Terima Kasih x

2 comments

  1. Kadang kita tertarik nak beli sebab packaging yang comel macam ni. Suka gak pakai sheet mask. lepas buka dap dap muka bagi essence dia cepat serap.

    ReplyDelete
  2. wow kalau lepas pakai nampak ada improvement mungkin produk ni bagus

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD