
Akhirnya, Dina dapat juga merasa KFC Zinger Spicy BBQ ini! Sebelum ini, Dina sudah cuba KFC Zinger Cheezy. Kali ini masa untuk cuba KFC Zinger Spicy BBQ pula! Bila dengar BBQ pasti kita akan mempunyai jangkaan bahawa rasanya akan masam. Tapi kelainan yang dibawa oleh KFC ini ialah pedas. Gigitan yang pertama, Dina sudah terasa pedas. Masam? Tiada. Cuma bau BBQ itu ada. Unik.
Ayam untuk burger ini pula agak kecil daripada yang Dina pernah beli sebelum ini. Agak mengecewakan. Mungkin KFC kawasan sini. Dina beli set combo. Dapat wedges dan juga pepsi. Hari ini Dina makan burger ini ketika masih panas. Memang lapar betul. Sayur yang ada pada burger ini juga terlalu sedikit nak dibandingkan dengan yang dulu. Tidak tahu lah kenapa dengan KFC sini.

Bagi pendapat Dina, kalau hendak dibandingkan Dina lebih suka yang KFC Zinger Cheezy. Mungkin kalau sos Spicy BBQ ini sedikit masam dan digabungkan dengan kepedasan yang sedia ada, Dina akan suka ini lebih dari sos Cheezy. Dina beli satu set berharga RM15.80. Aplikasi KFC sedang buat penghantaran percuma dan Dina menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Terima Kasih x
Dah lama tak makan burger KFC, selalu beli ayam goreng jer. Itupun untuk anak-anak jer. Nanti nak try la. Sedap jer nampak burger tu. Hehe
ReplyDeleteFaham. Adik Dina pun suka benar dengan ayam goreng KFC. hehe
Deletemama rasa mama pun akan suka yg cheesy sebab mama suka cheese
ReplyDeleteSama lah kita!
Deletesedap pulak tengok burger haih hahaha btw saya follow sini sis :) #200
ReplyDeletehttp://sayesyadiya.blogspot.com/