Social Media

Happy Advance Birthday To Us


Assalamualaikum dan hai semua,
Pada tanggal 29 hari bulan 8 tahun 2020, Dina bersama rakan dan adik Dina membuat keputusan untuk menyambut hari kelahiran kami semua lebih awal daripada sepatutnya. Ini kerana, salah seorang sahabat karib Dina, Atiqah, akan merantau ke Jepun pada 13 hari bulan 9 dan bakal pulang ke tanah air pada tahun hadapan. Malah, kami berempat mempunyai tarikh lahir yang sangat dekat cuma tahun yang berlainan. Pada mulanya, hanya satu gurauan oleh iffah. Tapi Syasya mula rasa itu idea yang bernas, maka, kami membuat perancangan operasi membeli hadiah dan juga kafe untuk menyambut hari kelahiran kami.

Pada 28 Ogos 2020, kami menunggu kepulangan Syasya dari tempat kerjanya. Kami bergerak dengan menaiki kenderaan Syasya ke Ninso yang berdekatan. Buat siapa yang tidak tahu, Ninso ialah sebuah kedai dimana kebanyakan barangnya berharga RM 2.10. Sampai sahaja di Ninso, kami berempat berpisah dan mulakan operasi mencari satu hadiah untuk diberikan nanti. Setiap seorang ditugaskan untuk membuat video ketika pencarian hadiah. Selesai membeli, kami perlu berjumpa di kereta semula dalam keadaan hadiah yang sudah berbalut atau disimpan dalam beg kertas dengan rapi.

Malang tidak berbau. Pada pagi 29 hari bulan, Iffah telah dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu. Maka, yang sepatutnya berempat kini bertiga sahaja. Kami pergi ke bundle dan berbelanja untuk diri sendiri. As self treat! Seterusnya, kami ke kafe untuk menyambut hari lahir kami bertiga. Sudah semestinya kami makan sambil mengambil gambar. 


Kami memang peminat tegar makanan Korea. Makanan yang sedap dan juga meluangkan masa dengan orang yang tersayang adalah kombinasi yang sempurna untuk menjadikan hari itu sebagai hari yang paling istimewa. Tidak dinafikan, kami banyak bercerita seolah-olah sudah lama tidak ketemu. Tidak kering gusi dengan gelagat masing-masing. 

Selesai makan, kami bertiga terus ke Humming Bird untuk membeli kek dan dibawa ke hospital agar kami mampu menyambut hari lahir berempat juga. Sampai sahaja di hospital, kami meneruskan dengan rancangan tukar hadiah. Kami menggunakan aplikasi yang mampu memilih nama secara rawak sebagai inisiatif untuk kami menukar hadiah tanpa berebut. Seterusnya, kami memulakan sesi bergambar bersama kek hari lahir yang dibeli tadi. Kalau awak tanya Dina, sedap ke kek di situ. Jawapannya, tidak. Kek di situ rasa seperti belon dan harganya agak mahal. Dina tidak suka. Tapi citarasa masing-masing. Kalau awak suka, bagus. Tapi kek itu bukan untuk kami. Kami berakhir dengan buang kek tersebut kerana tidak mampu nak telan.


Dina bersyukur kepada Allah SWT kerana hadirkan mereka ke dalam hidup Dina dan memberi peluang untuk merasa kebahagiaan yang dipinjamkan oleh-Nya. Alhamdulillah. Dina ada buat video kompilasi apa yang berlaku satu hari ini. Jemput tengok dan jangan lupa untuk subscribe!




Terima Kasih x

5 comments

  1. Moga semuanya terus sihat dan dilancarkan urusan dunia akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. wow sweetnya uols.. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete

Theme by STS