
Assalamualaikum dan hai semua,
Dina sejenis suka pakai beauty blender atau puff sponge kalau guna foundation. Sebab kalau nak pakai foundation dengan berus, Dina memerlukan modal yang banyak untuk cari berus yang sesuai dan cantik bila nak blend in. Tapi kelemahan puff sponge ini ialah nak cuci. Lagi susah dari berus. Dina suka beli puff sponge ini di Australia dengan harga RM 15 satu dan setakat ini, Dina belum nampak puff sponge jenama XO Beauty di Malaysia. Lebih kurang seperti beauty blender, tapi lebih murah.
Baru-baru ini ada viral tentang Daiso Puff Sponge Detergent. Dina sudah lama mencari puff sponge detergent yang bagus dan ramai bagi maklum balas yang baik tentang produk ini. Maka, Dina membuat keputusan untuk mencuba. Masa mula-mula Dina guna, Dina tidak berapa suka kerana sabun ini tidak mempunyai anti-bakteria dan tidak mencuci puff sponge Dina dengan baik. Dina berakhir dengan mengolah sedikit cara untuk menggunakannya.

Seperti arahan yang diberi, Dina perlu tuang sabun ke atas puff sponge dalam keadaan kering dan letak sedikit air. Selepas itu, cuci dengan air yang sentiasa mengalir. Akan tetapi, hasilnya tidak memberangsangkan. Dina tukar cara mencucinya dan keputusan yang Dina dapat lebih baik.
Pertama, Dina tuangkan sabun ini tadi ke atas puff sponge dalam keadaan kering. Ambil sebekas air suam dan tuangkan sedikit sabun pencuci pinggan Joy Anti-Bac. Rendam puff sponge selama 30 minit-45 minit. Pastikan air rendaman itu sentiasa penuh dan suam. Awak boleh tambah air panas kalau nampak air semakin kering. Kemudian, cuci dengan air yang sentiasa mengalir. Puff sponge awak akan tampak lebih bersih! Teknik ini sama dengan kalau awak letak di dalam microwave. Tapi cara ini lebih selamat dan tidak perlu risau puff sponge awak cair.

Dina ada dengar orang kata kalau guna sabun cecair mampu buat puff sponge awak lebih keras. Mungkin tengok kepada jenis puff sponge yang awak beli. Setakat ini, puff sponge Dina okay sahaja. Masih lembut dan tidak berubah bentuk. Dina beli Daiso Puff Sponge Detergent ini di Daiso dengan harga RM5.90 sahaja.
Bagi pendapat Dina sabun cecair ini biasa sahaja. Bagus kalau awak yang tidak suka menggunakan minyak zaitun untuk mencuci puff sponge. Kebiasaannya, orang akan buang puff sponge kalau terlebih kotor kerana risau menjadi tempat pembiakan bakteria dan mampu membuat kulit penuh dengan jerawat. Dina rasa, ikut kehendak masing-masing. Ada yang jenis suka berjimat dan cuci puff sponge.


Adakah Dina akan beli lagi produk ini? Ya. Sebab Dina tidak suka menggunakan minyak zaitun dan Dina susah nak cari puff sponge yang bagus dan murah dalam Malaysia.
Terima Kasih x
wah baru mama tau ada Puff Sponge Detergent juga ye.. tq for sharing
ReplyDelete