
Assalamualaikum dan hai semua,
Tajuk pada hari ini ialah aplikasi kegemaran. Ada beberapa aplikasi yang Dina suka guna. Tapi, Dina akan pilih satu sahaja dan Dina memilih iQuran sebagai aplikasi kegemaran Dina kerana ini satu-satunya aplikasi yang bagi Dina ketenangan. iQuran ialah sebuah aplikasi yang mudah untuk kita baca Quran dan mempunyai beberapa fungsi yang menarik didalamnya. Dina sejenis kalau nak mengaji, memang suka kalau ada warna tanda tajwid.
Aplikasi ini memang Dina beli sebab Dina nak guna semua yang ada dalam aplikasi ini. iQuran ini juga ada yang versi Lite. Kalau awak tidak mahu bayar, boleh sahaja menggunakan yang Lite. Dina guna aplikasi ini sejak 2015. Setiap surah mempunyai terjemahan dan boleh pilih bahasa apa yang awak nak. Macam Dina lebih selesa dengan bahasa melayu. Aplikasi ini juga sangat mudah untuk awak pilih surah mana yang awak nak baca. Macam Dina memang gemar amalkan Al-Waqia dan Al-Mulk.

Awak juga boleh labelkan ayat mana yang awak nak baca balik ataupun ayat yang bagus hendak dijadikan doa. Aplikasi ini juga menyediakan doa-doa mengikut apa yang awak perlukan. Kalau awak tidak sempat nak baca, tapi awak nak pasang ketika buat kerja? Tekan dan dengar. Tidak ingat nak baca ayat ini mengikut tajwid yang betul? Tekan dan dengar. Mudah. Dina memang suka iQuran ini. Dina tahu aplikasi ini dari Anna Khayalan sebab ada orang tanya. Selepas membaca apa yang Anna tulis, teruk Dina tertarik dan membeli aplikasi ini.
Awak pula suka aplikasi apa?
Terima kasih x
Nice sharing. Ada apps ni mudah nak baca Al-Quran di mana-mana.
ReplyDeletenice sharing.. sy jarang baca dari apps .. kurg selesa.. apapun skrg dah mudah kan.. nak baca quran bila2 saja
ReplyDelete