Social Media

Rasa Suka & Geng Nasi Lemak McDonalds'


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina ada cuba set baru dari McDonalds' iaitu Rasa Suka dan Geng Nasi Lemak! Nak juga rasa apa yang digembar-gemburkan sangat tentang set baru ini. Rasa macam lama pula tidak tulis tentang makanan ya. Seperti yang awak sedia maklum, segala set ini Dina beli guna duit Dina sendiri. Tidak di taja oleh mana-mana pihak ya. 

Untuk koleksi Geng Nasi Lemak McDonalds', Dina beli set dua kepingan ayam Spicy Chicken McDeluxe dan tukar air kepada Latte ais bersaiz besar. Sejujurnya, Dina tidak pernah suka Nasi Lemak McDonalds' sebab sambal dan nasi dia. Masa awal-awal Dina makan dulu, sambal dia manis dan nasi dia langsung tidak berlemak. Sejak daripada itu, Dina berhenti membuat pesanan nasi lemak dari McDonalds'. Selepas keluar yang baru ini, Dina tergerak untuk mencuba sebab kepingan ayam Spicy Chicken McDeluxe dan Nasi Lemak adalah kombinasi yang sempurna! 


Berkaitan rasa pula, nasi lemak masih sama. Tidak berlemak. Tapi kali ini Dina suka sambal nasi lemak ini! Pedas! Sampai berpeluh Dina makan. Suka! Suka! Dina memang penggemar makanan pedas. Maklumlah, dari kecil memang arwah tok ajar. Makan pula dengan kepingan ayam Spicy Chicken McDeluxe! Sedap! Kalau awak beli set ini, awak akan dapat air teh limau ais secara percuma. Akan tetapi, Dina tukar kepada kopi. Dina perlu tambah RM 3.97 sebab tukar air. Dina kurang minat air teh limau. Untuk set ini bernilai RM 23.77 termasuk air Latte ais. 


Untuk Rasa Suka pula, Dina beli pai jagung dan juga aiskrim Mcflurry Cendol. Pendapat Dina tentang idea aiskrim cendol itu sendiri sebenarnya unik. Tidak pernah terfikir aiskrim pun boleh jadi cendol. Menarik. Bahagian rasa, Dina suka rasa dia yang unik. Gula melaka dan cendol dimakan bersama aiskrim vanila. Tapi, tidak cukup untuk buat Dina terpegun. Satu cawan aiskrim McFlurry cendol ini berharga RM 7.08


Dina paling nak cuba ialah pai jagung. Tapi bukan rezeki Dina bila Dina dapat pesanan yang salah. McDonalds' hantar pai epal dan bukannya pai jagung untuk Dina. Agak sedikit kecewa. Sebab itu yang dinantikan oleh Dina. Nak buat macam manakan, kalau bukan rezeki. Untuk satu pai jagung, berharga RM 4.25. Jangan risau, Dina sudah buat aduan pada FoodPanda. Ya, benar Dina guna khidmat penghataran FoodPanda. Sebab Dina ada kod promosi dari FoodPanda. Jumlah yang Dina perlu bayar hanya RM 26.61 termasuk cukai. 

Awak sudah cuba? Apa pendapat awak pula tentang ini?

Terima Kasih x


2 comments

  1. blogwalking here.. :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ramai yang kata Nasi Lemak McD sedap. Ini yang kena cuba juga ni. Kecur air liur tengoknya.

    ReplyDelete

Theme by STS