Social Media

Mini Haul from SASA


Assalamualaikum dan hai semua,
Pada hari selasa yang lepas, Dina teman sepupu Dina pergi temuduga di Cheras. Selepas sahaja dia temuduga, secara rawaknya mereka ajak pergi Genting Highland. Seorang nak cari jam dan seorang lagi nak cari dompet. Bila orang ajak, Dina ikutkan sahaja. Dalam pada masa yang sama Dina boleh tengok juga kasut dekat situ. Dina memang sudah lama pasang niat nak beli kasut baru. Asyik ulang kasut Adidas dan Converse sahaja. Kasut tumit tinggi Charles & Keith Dina pun banyak yang sudah rosak. Maka, Dina pasang niat nak gantikan kasut tumit tinggi tu. 

Sampai sahaja di Genting Highland, Dina masuk kedai Vincci. Pusing punya pusing, tiada satu pun yang berkenan. Semua design lama. Maka, Dina keluar dengan tangan kosong. Sejujurnya, Dina kurang suka Vincci. Sebab kualiti Vincci yang cepat rosak. Dina selalu kalau guna Vincci memang tahan berapa bulan sahaja. Harga pula terlalu mahal untuk kualiti yang macam tu. Kalau terdesak, Dina memang akan beli Vincci. Design semua okay sahaja. Kualiti yang buat Dina kurang suka. Selalu memang Dina beli Charles & Keith sebab design dia yang unik dan berkualiti. Selepas masuk Vincci, Dina pergi ke Charles & Keith. Masuk sahaja kedai itu, design pertama yang Dina nampak ialah kasut tumit tinggi Dina beli beberapa tahun yang lepas. Dina terus letak dalam kepala, mungkin ini design yang tidak terhabis jual. Pusing punya pusing, tidak juga jumpa yang berkenan. Keluar lagi dengan tangan kosong.

Tengah jalan pusing tengok jenama lain, Dina terjumpa Sasa. Masuk Sasa sebab nak tengok face mask. Niat nak tengok sahaja, terborong 10 face mask dan satu creamy lip stain. Sasa ada buat harga borong. Beli 10 face mask dapat harga RM 23 sahaja. Face mask Dina pula memang tinggal satu. Tidak fikir panjang, memang terus ambil dan bayar. 


Masa nak keluar dari Sasa, Dina ada ternampak produk dari The Balm tengah promosi. Ada nampak eyeshadow palette hanya RM 40. Mula-mula memang nak ambil. Tapi bila tengok warna dia kebanyakan jenis warna Nudes. Dina pula banyak eyeshadows warna macam itu. Tidak jadi ambil. Tengok bahagian pewarna bibir pula. Terjumpa creamy lip stain dia. Warna pula menarik. Terus ambil. Harga dia RM 10 sahaja. 

Dina ni memang ada citarasa pelik sikit. Warna lagi terang lagi Dina suka. Dina tidak terhadkan warna pada merah atau merah jambu sahaja. Dina suka pakai warna pelik-pelik juga. Seperti ungu, oren dan sebagainya. Dina kurang suka pewarna bibir jenis cecair. Tapi The Balm ni memang selesa bila guna. Sebab dia tidak buat bibir Dina jadi kering.


Dina jatuh hati dengan creamy lip stain dari The Balm ini sebab tekstur dia ala-ala lip satin. Masa Dina beli ini, memang tinggal 3 warna sahaja. Dina pula sudah banyak warna merah dan merah jambu. Maka Dina ambil warna yang macam nak ke ungu ini. Cantik! Memang puas hati masa beli. Dia tidak berkilat seperti lip gloss tapi masih nampak basah. Senang cerita, sama sahaja seperti lip satin.

Masa beli face mask pula, Dina memang main ambil sahaja. Bagi Dina semua face mask fungsi dia sama sahaja tapi yang penting reaksi pada kulit. Adakah kulit Dina nampak lebih sihat atau sama sahaja. Cecair dia cukup untuk melembapkan kulit atau tidak. Maka, Dina ambil berdasarkan corak dan warna pembungkusan. Sebelum ini, Dina suka guna face mask dari Innisfree. Sebab face mask tersebut tidak buat kulit Dina terlalu berminyak. Mudah serap kedalam kulit. 


Mungkin untuk face mask, Dina akan buat review setiap satu. Mana tahu selepas ini awak boleh cuba dan beli juga di Sasa? Kita sesama boleh jadi cantik. Sejujurnya, Dina pun bukan sejenis yang rajin sangat pakai face mask. Dina kebiasaannya akan pakai bila Dina rasa stres. Bila pakai face mask, Dina rasa Dina makin cantik. Bila makin cantik, Dina rasa makin tenang. Mudah bukan? Mungkin awak pun boleh cuba?


Masa beli, Dina memang tidak lupa adik dan mama Dina. Tapi kulit adik Dina ni agak sensitif. Dia tidak boleh cuba produk sebarangan. Memang sekarang pun dia jumpa dermatologist. Dina mampu beli satu sahaja. Takut kalau beli banyak nanti tidak kena pada kulit. Untuk mama, Dina belikan anti-penuaan. Dia memang tengah cari produk yang ada anti-penuaan sekarang. Tapi mama pula jenis kurang suka jenis sheet mask. Dina belikan satu juga. 

Jumlah harga tanpa promosi ialah RM 188.20. Tapi selepas dapat potongan harga, Dina hanya perlu bayar RM 33. Murah bukan? Nampaknya lepas ini, kalau Dina nak beli face mask memang naik Genting Highland sahaja. Rumah Dina dengan Genting Highland dekat sahaja. Dalam 15 minit macam tu kalau nak naik GPO. Dekat bukan?

Bila sudah pasang niat nak tulis review untuk setiap jenama face mask ini, harap makin rajin ya Dina.  

Terima Kasih x

Post a Comment

Theme by STS