Social Media

Liese Creamy Bubble Color


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina baru-baru ini membuat keputusan untuk warnakan rambut Dina. Ini julung kalinya Dina warnakan rambut. Sebelum Dina beli, Dina buat kajian dahulu. Dina ada baca juga tentang beberapa jenama yang kita boleh guna dan juga tidak. Dina kalau boleh nak yang boleh buat tanpa pergi salun rambut. Suatu hari ini, kawan Dina cakap nak warna rambut juga. Dia yang memperkenalkan dengan jenama Liese ini. Warna Liese ini memang sangat cantik dan tidak keterlaluan. Dina terus setuju. Sembang bulan jun yang lepas, tapi betul-betul beli pada 8 Ogos. 

Dina punya rambut asal memang warna cerah. Rambut semula jadi Dina ialah coklat gelap. Bila Dina nak pilih warna, memang Dina teliti sangat. Sebab risau salah pilih, nanti tidak berkenan di hati pula. Rambut asal Dina pula warna cerah. Memang akan nampak ketara walaupun tidak bleach. Cari punya cari. Fikir punya fikir. Dina pilih warna Rose Tea Brown.  


Sebelum Dina beli, Dina rujuk dulu pada kotak. Memandangkan rambut Dina bukan warna hitam, hasil rambut Dina akan berakhir seperti Light Color Hair. Masa Dina beli, memang tinggal satu kotak ini sahaja. Terus ambil dan bayar. Dina tertarik untuk melihat hasil dia pada rambut Dina. Dina juga ambil yang Creamy Bubble Color, sebab senang. Guna macam pakai syampu. Mudah. Tidak perlu berus dan mangkuk dye. Dina cuma perlu sediakan baby oil dan shower cap. Selebihnya memang sudah diberi oleh produk ini.

Dina kurang suka bau bahan kimia produk ini. Terlalu kuat sampai Dina jadi Migraine. Tidak sama seperti L'oreal. Bau L'oreal punya agak tajam tapi tidak terlalu kuat. Ketika Dina warnakan rambut ini, Dina akan pastikan segala tingkap dibuka seluas yang mungkin. Sebab bau dia kuat sangat sampai melekat di satu bilik. Dina semburkan febreze pun bau bahan kimia ini masih ada. Bukan masalah bau sahaja, buih dia pun agak panas bila kita letakkan di kepala. Siapa yang tidak tahan, mungkin kena fikir balik. Produk ini juga menyediakan satu arahan khas dan juga teknik untuk ujian alahan. Pastikan awak buat itu dulu, baru pakai keseluruhannya di kepala. 


Baby oil, Dina sapukan pada kulit. Sebab ingin mengelakkan warna tersebut melekat pada kulit. Manakala shower cap, Dina guna untuk memastikan buih itu tidak jatuh ketika menunggu. Dina tinggalkan rambut Dina selama 2 jam. Sebab Dina memang nak betul nampak. Tapi tengok jenis rambut juga. Ada orang kalau tinggal lama, rambut akan gugur. Pada kotak produk ini, mereka mencadangkan selama 30 minit paling lama. Ikut keselesaan awak. Lagi lama awak biarkan, lagi terang warna dia. Sama macam pakai inai.

Dina ada bagitau mama, Dina beli pewarna rambut. Mama pun berakhir dengan beli beberapa kotak juga! Masa beli tu tengah harga promosi. Memang borong habis. Masa Dina beli tu, memang rambang mata. Kalau boleh nak semua warna. Dina sangat tertarik dengan warnanya yang nampak semulajadi. Tidak terlalu pelik. Tapi kalau rambut awak berwarna hitam, hasilnya akan seperti Dark Color Hair.  Lagi nampak semulajadi! 


Selalu lepas kita warnakan rambut, rambut kita automatik akan jadi sangat kering. Tapi produk ini menyediakan hair treatment. Selepas kita syampu rambut kita, terus guna hair treatment yang diberi. Rambut terus jadi lembut. Oh, sebelum kita warnakan rambut. Awak kena pastikan awak tidak syampu sehari sebelum. Sebab kita memerlukan minyak semulajadi yang ada pada rambut dan kulit kepala kita.

Dina akan tinggalkan link dekat bawah siapa yang berminat nak tengok tutorial macam mana guna produk ini. Sarung tangan semua memang diberi. Awak tidak perlu fikir. Tinggal bancuh dan pakai sahaja. Dina pun awal-awal beli risau juga. Tapi lepas Dina guna, sebenarnya senang sahaja. Awak tidak perlu risau. Dina beli sekotak ini dengan harga RM25.08 di Guardian.  Dina beli memang dengan harga promosi. Kalau awak nak lagi murah, boleh beli di Shopee? Sebab harga asal dia agak mahal untuk sekotak. 

Now, I'm a redhead. 


Terima Kasih x




Link;
TutorialLiese HowTo

1 comment

  1. baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete

Theme by STS