Social Media

Gunung Jerai

Mount Jerai, 08300 Yan, Kedah, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Lama rasanya Dina tidak tulis tentang pelancongan. Ini julung kalinya buat tahun ini Dina pergi melancong! Pada musim perayaan yang lepas, Dina sekeluarga pergi melancong di Gunung Jerai. Tahun ini, Dina menyambut raya haji di Kedah. Sepupu Dina yang memberi cadangan untuk pergi bersiar-siar di Gunung Jerai memandangkan tahun ini pergerakan kita agak terbatas akibat Covid-19. 

Honestly, I'm not a nature person. 

Bila dengar Gunung Jerai, Dina terus fikir hutan dan Dina kurang gemar naik bukit atau gunung. Tapi sepupu Dina ada bagitahu gunung ini dibenarkan untuk membawa kenderaan sehingga ke puncak. Membuatkan Dina rasa lebih tertanya-tanya apa yang ada di puncak gunung tersebut. Maka, Dina membuat keputusan untuk ikut. Sampai sahaja di Gunung Jerai, kami letak kereta di Kaki Gunung Jerai dan menunggu van yang disediakan untuk naik hingga ke puncak. Harga van itu, RM 10 sekepala untuk naik dan turun. Boleh sahaja naik menggunakan kenderaan peribadi tetapi atas risiko sendiri. Kebanyakan penduduk setempat di situ memang nasihatkan untuk menyewa van. Jalan di kawasan gunung itu sangat curam dan sempit. Masa Dina pergi pun, banyak kereta yang berhenti sebab rosak, brek berasap dan sebagainya. Bayangkan kereta rosak di tengah gunung. Gelap gelita. Tiada siapa yang lalu-lalang ataupun membantu. Perlu menunggu bantuan yang begitu lama kerana jauh dan dikenakan dengan kadar yang tinggi. Bila fikir balik, memang tidak sanggup. Lebih baik sewa. Bayar RM 10. Kita pun yakin yang bawa tu memang pakar bab jalan kawasan situ. 


Kami hampir sampai di puncak, secara tiba-tiba brek van tersebut berasap sebab kami berada di curam lama sangat. Masa itu, jalan nak naik ke gunung tersebut agak sesak daripada biasa. Pemandu van itu sendiri terkejut kerana beliau berkata tidak pernah gunung jerai sesak sebegini sepanjang dia bekerja. Beberapa minit kemudian van itu okay kembali dan kami meneruskan perjalanan hingga ke puncak. Sampai sahaja di puncak, awak akan nampak tempat makan dan masjid. Kalau awak naik sikit lagi, awak akan nampak The Regency Jerai Hill Resort.

Kami sekeluarga mula terasa lapar. Maka, kami pergi berehat di The Puncak Kedah Restaurant. Pemandangan di sekeliling resort ini memang cantik! Dina suka! Awak boleh nampak padi yang diselubungi awan. Suhu diatas gunung itu juga seolah-olah di Genting Highland. Dina memang jatuh hati dengan pemandangan di sana. Resort di situ juga lawa dan berbintang 3. 

 
Setibanya kami di sana, kami memang terus pilih meja dan membuat pesanan. Selepas membuat pesanan, Dina dan adik-beradik pergi mengambil gambar. Reka bentuk bangunan itu sendiri membuatkan kita rasa seolah-olah melancong keluar negara. Memang banyak gambar yang diambil sepanjang kami berada di sana. 

Sekiranya awak menginap di resort ini, awak akan dapat pelbagai kemudahan seperti kolam renang. Ya benar! Kolam renang ada di atas puncak ini. Dina pun agak terkejut ketika nampak papan kolam renang tersebut! Sejuk ke tidak mandi atas puncak tu, Dina pun tidak pasti. 


Satu sahaja yang Dina kurang suka tentang gunung jerai ini, servis The Puncak Kedah Restaurant. Dina faham mereka kurang kakitangan pekerja tetapi sangat tidak profesional apabila mereka menghidangkan makanan kepada pelanggan yang datang lebih lewat. Bukan itu sahaja, air pun tidak dapat. Kami tunggu dari pukul 5 petang sehingga 7:30 malam. Selepas ditegur, makanan yang kami dapat beberapa pinggan sahaja. Ada pelanggan yang baru sahaja sampai, dalam 15 minit mereka menunggu terus dapat pesanan mereka. Berkenaan rasa, boleh tahan sedap cuma servis agak teruk. Mungkin boleh diperbaiki lagi selepas ini. Harap selepas ini tiada lagi kerja semberono. 

    
Harga untuk setiap hidangan ini dalam belasan ringgit. Memang harga biasa makan di restoran mewah. Dina sendiri tidak tahu nak mencadangkan menu apa yang sedap. Sebab Dina sendiri tidak dapat merasa banyak hidangan dia. Cuma mousse chocolate cake dia tidak silap Dina, rasa macam kek coklat yang dijual di King's Bakery. Tiada rupa mousse langsung. Tidak berbaloi.

Keseluruhannya, Dina suka pemandangan sahaja di Gunung Jerai. Dina tidak menginap disana. Dina pun tidak mampu komen tentang suasana kawasan itu pada waktu malam atau bagaimana keadaan bilik resort tersebut. Sekiranya diberi peluang untuk naik Gunung Jerai lagi, mungkin Dina akan naik. Insyaallah. 


Cantik juga sebenarnya tanah kelahiran Dina. Tapi Dina sahaja yang masih belum habis menerokainya. Mungkin suatu hari nanti. Bila diberi rezeki lebih lagi. Insyaallah.


Terima Kasih x


3 comments

  1. saya orang kedah pun tak pernah naik lagi atas gunung jerai. teruk juga servis restoran dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pi cuba naik. Syok! Tengok pemandangan dan tangkap gambar

      Delete
  2. Cantiknya view kat Gunung Jerai ni. First time tengok dalam cerita Mira Filzah dengan Remy Ishak tu. Best dapat bercuti kat sini. Tapi jauh nau dari Selatan ni. huhu

    Tak dapat stay, dapat datang tengok view cantik pun kira okay dah :)

    ReplyDelete

Theme by STS