
Assalamualaikum dan hai semua,
Pernah ke tidak awak tengok cerita kartun dan berakhir dengan teringin apa yang watak tersebut makan? Sebab Dina jadi macam itu baru-baru ini. Terjumpa gif Homer dari cerita The Simpsons tengah makan donat kegemaran dia. Rasa macam teringin pula. Maka, Dina pun terus mencari di Dunkin' Donuts dan jumpa!
Donat ini berwarna merah jambu! Comel! Rasa dia pun sedap. Donat ini berperisa strawberi dan Dina pula memang suka strawberi. Satu gigitan sahaja terus jatuh cinta. Selalu Dunkin', Dina akan beli Mango Filled. Itu memang kegemaran Dina. Tapi sekarang, Dina boleh tambah satu lagi dalam senarai kegemaran Dina!
Awak tengok taburan warna itu, cantik! Very aesthetic! Bagitahu Dina bagaimana untuk tidak jatuh hati?

Niat Dina tulis ini sebagai penghargaan Dina kepada donat ini kerana hadir dalam hidup Dina. Yes, it's silly. Tapi, Dina memang suka sehingga donat ini layak berada di blog ini. Dina rasa selepas ini, memang Dina beli yang ini sahaja. Sedap! Ya, Dina tahu. Dina banyak kali cakap rasa dia sedap. I just can't help it. Harga untuk satu donat ini ialah RM 3.30.
Kopi kegemaran Dina buat masa ini ialah Latte ais di Dunkin'. Dina biasa akan membuat pesanan satu Latte ais dengan dua pam gula dan ditambah dengan Whipped Cream. Untuk air, Dina hanya perlu bayar RM 12.30 kalau tidak silap. Dina punya betul suka kopi di Dunkin' ini sehingga setiap minggu akan beli. Dina suka ambil saiz besar. Sebab Dina tidak puas dengan hanya minum saiz sederhana.

Terima Kasih x
Lama tak makan donut Dunkin'. Lebih prefer donut big apple :)
ReplyDeleteorang cakap kalau teringin tu, beli je haha mungkin boleh jadi untuk self reward kan. Biar beli menyesal, jangan menyesal tak beli. Nampak sedap donutnya
ReplyDelete