Social Media

Skin Aqua UV Watery Gel (SPF 50+ PA++++)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina sebenarnya baru sahaja belajar guna sunscreen pada tahun lepas. Itu pun selepas tengok banyak korean punya rutin penjagaan kulit. Korea sangat terkenal dengan kulit yang cantik. Skin Aqua UV Super Moisture Essence adalah sunscreen Dina yang pertama dan Skin Aqua UV Watery Gel pula yang kedua. Dina memang tanya ramai kawan Dina sunscreen apa yang sesuai untuk kulit kombinasi berminyak seperti Dina dan ramai rakan Dina memang cadangkan produk Skin Aqua dan SPF produk ini juga tinggi. Tanpa berfikir panjang Dina terus beli.

Memandangkan ini sunscreen kedua Dina. Maka, Dina cuma mampu membandingkan diantara dua produk ini sahaja. Skin Aqua UV Watery Gel ini memang sangat selesa apabila diguna kerana produk ini tidak meninggalkan kesan berminyak di wajah berbanding dengan sunscreen pertama Dina. Bau dia pun boleh tahan. Wangi tapi masih ada bau sunscreen. Nak kata pelik pun tidak. Apa yang Dina pasti, bau dia tidak mengganggu ketenteraman hidung Dina. Produk ini juga water-based. Konsistensi produk ini pun cair seperti air. Memang kulit yang berminyak sesuai kalau guna produk water-based

Sunscreen ini penting untuk mengelakkan sinaran UV terus ke kulit. Sinaran UV boleh mengakibatkan kedutan dan juga boleh mengakibatkan kanser kulit. Sebab itu pentingnya menggunakan sunscreen pada waktu siang. Akan tetapi, sunscreen hanya berfungsi sepenuhnya selama dua jam sahaja. Selepas dua jam, awak kena pakai balik. 



Kalau nak solat, Dina memang akan cuci muka guna oil cleanser. Sebab Dina tidak pasti yang ini kalis air atau tidak. Untuk elakkan keraguan, Dina cuci sahaja guna oil cleanser. Ada juga hari bila Dina malas nak cuci, Dina memang jaga wudhu Dina. Dina ambil wudhu pagi-pagi dan jaga sampai asar. Jika awak nak guna sebarang makeup remover yang awak selesa pun boleh. Nak cantik boleh, solat jangan lupa ya! 

Kebiasaannya harga sunscreen memang agak mahal. Dina memang selalu tunggu harga promosi. Tapi kalau terdesak sangat, Dina beli tanpa fikir. Dina lebih suka yang ini berbanding sunscreen yang pertama Dina beli. Sebab, produk yang dulu Dina beli buat kulit Dina lebih berminyak dan juga membuat segala pori Dina tersumbat. Dina memang mengesyorkan awak yang kulit berminyak untuk cuba yang ini. Harga untuk sebotol RM 40.70. Macam biasa, awak boleh cari di Watson atau Guardian.

Terima Kasih x

1 comment

  1. Saya tertarik untuk ikut mencoba menggunakan produk ini. Kelihatannya formulanya bagus.

    Salam 😊

    ReplyDelete

Theme by STS