Social Media

Maybelline Baby Skin Pore Eraser


Assalamualaikum dan hai semua,
Apa itu Maybelline Baby Skin Pore Eraser dan kegunaanya untuk apa? Untuk pengetahuan awak, Maybelline Baby Skin Pore Eraser ini ialah Primer. Primer adalah asas atau bahasa mudahnya tapak untuk solekan. Kebiasaannya, primer ini digunakan sebelum awak pakai solekan yang lain. Fungsi primer ialah untuk mengelakkan bahan kimia pada alat solek terus ke kulit dan buat solekan tahan lebih lama. 

Maybelline Baby Skin Pore Eraser ini adalah primer pertama yang Dina cuba iaitu pada tahun 2015. Masa mula-mula guna memang agak janggal sebab terasa silikon. Bau dia pun agak pelik. Tapi memang buat makeup Dina tahan lama dan buat kulit Dina nampak licin dan halus sahaja. Pada tahun 2018, kulit Dina bertindak balas dengan bahan yang ada pada produk ini. Ya, benar. Dina mengalami alahan pada kulit wajah. Dina berhenti menggunakannya buat seketika. Hujung tahun lepas baru mula guna balik secara perlahan. Alhamdulillah, tiada sebarang reaksi. 



Primer ini tiada warna ya. Dina sejujurnya tidak suka primer  yang mempunyai warna. Nanti bila guna foundation, muka tiba-tiba jadi lebih putih atau gelap dari sepatutnya. Maka, Dina lebih gemar memilih primer yang jernih supaya Dina tidak perlu pening kepala fikir tentang tona foundation. Senang. 

Seperti yang Dina beritahu di atas, Dina memang kurang suka rasa silikon pada kulit muka Dina. Tidak selesa. Tapi selepas pakai foundation, rasa silikon itu memang hilang. Selalu Dina akan buat solekan pada mata dahulu. Selepas siap, baru Dina pakai primer ini. Untuk mata, Dina guna eye primer dari NYX Professional Makeup. 


Adakah produk ini menutup segala pori di wajah? Yes. Tapi produk ini juga membuatkan pori Dina tersumbat. Dina kebiasaannya akan buat double cleansing. Untuk cuci pori-pori yang tersumbat tanpa merosakkan kulit. Ikut keselesaan awak nak guna balm cleanser atau oil cleanser

Masa Dina mula-mula guna primer ini memang seronok sebab buat makeup Dina tahan lama. Sekarang, primer ini mampu buat makeup Dina bertahan untuk beberapa jam sahaja. Lepas itu, memang kena betulkan balik makeup. Kalau cuaca panas sangat, memang buat makeup jadi cakey. Tapi semua ini mengikut jenis kulit juga. Ada orang guna okay sahaja. 

Harga dia mampu milik. Dina beli masa promo dulu. RM30 dapat 2 kalau Dina tidak silap. Tidak berapa ingat. Maaf. Tapi, produk ini sentiasa ada promosi di Guardian dan Watson. Awak nak cuba, awak boleh beli di Watson atau Guardian. Mungkin di Shopee lagi murah. 

👄 3.5 / 5

Terima Kasih x

2 comments

  1. i suka this one.. mampu milik untuk semua orang. x adalah mahal sngt. im not beauty junkie jadi tak reti sngtla mekap2 ni tapi kdg2 tu syok sendiri hehe..

    jadila ada benda ni dalam simpnan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. Dia ikut kulit juga. Ada orang memang sesuai. haha.

      Delete

Theme by STS