Social Media

A'pieu Hamamelis Cream


Assalamualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Dina ada beli barang di Wako. Siapa yang selalu baca blog Dina mesti tahu, Dina kalau beli korean skincare mesti dekat Hermo atau kedai dia terus. Sebab Dina selalu takut kalau produk itu palsu. Zaman sekarang ini, banyak produk tiruan 1:1. Itu yang risau. Bekas dan bungkusan sama, tapi bahan yang digunakan lebih murah dan berbahaya untuk kulit. 

Salah satu produk yang Dina beli di Wako ialah A'pieu Hamamelis Cream. Dina ada baca beberapa orang tulis tentang betapa bagusnya A'pieu Madecassoside Cream. Dina memang berminat sangat nak cuba, tapi pada masa itu krim ini habis. Saja cari yang lain. Tiba-tiba terjumpa A'pieu Hamamelis Cream. Cuba juga cari review sebelum beli. Tapi tidak ramai yang tulis atau review tentang produk ini. Maka, Dina pejam mata dan beli sahaja. Dina boleh cuba dan bagi pendapat Dina pula. 


Dina baru guna dua minggu, tapi kulit Dina jadi sangat lembut! Paling penting dia bantu kurangkan Dina punya minyak di muka. Tapi Dina kurang suka bau krim ini. Ya benar, produk ini mempunyai wangian. Kalau awak ada kulit sensitif memang Dina tidak cadangkan awak beli. Essential oils dia sangat banyak. Produk ini juga mengandungi alkohol. Bagi yang kulit jenis berjerawat, dalam ini mempunyai 77% Witch Hazel. Benar. Witch Hazel akan terukkan lagi jerawat diwajah awak. 

Dari awal Dina tertarik kerana produk ini mempunyai bahan seperti niacinamide dan tocopherol. Niacinamide memang sangat terkenal dengan kurangkan kemerahan, mengecilkan pori, anti-penuaan dan banyak lagi. Manakala, tocopherol (Vitamin E) pula mampu membantu dari segi warna kulit tidak sekata. Kalau awak jenis yang macam Dina, tidak mempunyai masalah kulit sangat. Mungkin boleh cuba produk ini. 


Sejujurnya Dina memang kurang dengan tekstur krim ini bila Dina sapu di wajah. Nasib baik produk ini mudah serap ke dalam kulit. Kalau tidak, memang Dina sedekah sahaja kepada orang lain. Produk ini pada mulanya berbentuk krim tapi apabila awak sapu dia akan berubah menjadi Water Based Moisturiser. Unik bukan? Dina pun terpegun. Setakat ini, kulit Dina sesuai sahaja dengan krim Hamamelis. Tiada sebarang iritasi. Kegemaran Dina setakat ini. 


Kulit Dina yang kusam pun secara perlahan pulih. Buat masa sekarang, memang elok sahaja produk itu pada kulit Dina. Harga dia pun tidak mahal sangat. Dina beli dalam RM 26 (promosi). Masa Dina beli itu pun memang sudah tinggal 1 sahaja lagi dalam stok. Dina tidak pasti kalau Wako sudah tambah balik ke belum. 

Oh, sebelum Dina terlupa. Wako ini lebih kurang seperti Hermo tapi harga lebih murah. Selepas Dina belek-belek dan bandingkan, produk Wako kebanyakan masih dalam bungkusan lama. Tapi awak, tarikh rosak produk dia masih lambat. Jadi, tiada masalah untuk awak beli. Alhamdulillah, setakat ini muka Dina okay sahaja. Dina percaya produk dia asli. Lepas ini, Dina tahu dah nak beli korean skincare di mana. Dina juga ada buat Haul di Youtube. Kalau awak nak tengok Dina beli produk apa lagi di Wako, awak boleh tengok video ini.


Terima Kasih x

1 comment

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Theme by STS