Social Media

Make Up For Ever Artist Face Colors Pressed Powder


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini hari keempat Dina tulis blog tanpa henti. Sukar untuk Dina percaya! Banyak kali Dina berhasrat nak biasakan diri tulis setiap hari. Tapi rasa malas itu menguasai diri. Cemburu tengok kawan-kawan blogger yang selalu menulis setiap hari. Dina cuba disiplin kan diri selepas ini! Doakan Dina.

Produk yang terpilih pada hari ini ialah Make Up For Ever Artist Face Colors Pressed Powder. Ini salah satu pemerah pipi (blush) yang Dina suka. Papa Dina yang hadiahkan blush ini. Buat sesiapa yang tidak mengenali Dina, Dina mempunyai kulit wajah yang putih kemerahan. Kalau Dina tak pakai sebarang solekan, pipi Dina akan nampak ketara merah. Andai kata Dina terlupa guna blush selepas pakai foundation pun tidak mengapa. Sebab pipi Dina merah sampai nampak macam pakai blush


Sebab itu Dina akan jadi sangat teliti dalam memilih warna blush. Kalau salah pilih warna, memang sejam atau dua selepas itu awak semua akan dapat melihat muka Dina bertukar  menjadi muka badut. Dina lebih gemar memilih warna yang lebih kepada tona oren. Sebab warna pipi Dina dah merah. Kalau campur tona merah. Pipi Dina akan nampak pelik. Untuk warna kod produk ini, Dina pilih B314. Dina pilih yang ada glitter. Dia ada yang matte juga. Ikut kesukaan awak.

Blush ni sangat pigmented. Maka, masa guna tu kena macam ambil sikit saja dan ketuk secara perlahan supaya tidak terlebih blush bila pakai nanti. Nak guna sebagai eyeshadow pun boleh. Tiada masalah. Dina pun kadang-kadang malas, guna sahaja sebagai eyeshadow. Gabung dengan highlighter. Siap eyeshadow Dina.

Selain itu, produk ini juga mudah di blend. Dina kurang suka kalau makeup tu susah betul nak blend. Lepas itu, nampak setompok sahaja di wajah. Dina lebih suka produk yang sentiasa buat wajah Dina nampak natural.


Dina beli di Sephora dalam harga RM89 untuk refill dia (tidak termasuk bekas). Kalau nak bekas kena tambah RM9. A bit pricey but worth it! Kalau habis, awak cuma beli refill sahaja. Dina akan tinggalkan link dekat bawah ini sekiranya awak berminat nak beli.

👄 5 / 5

Terima Kasih x 

Link;
Refill -  Sephora
Case - Sephora

1 comment

  1. cantik warnanya. berbaloi beli yang pigmented. jimat guna sikit je dah memadai gitu

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD