Social Media

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Premium Hydrating Lotion


Assalamualaikum dan hai semua,
Cuba teka siapa ahli baru pengguna Hada Labo? Me! Dina teringin nak cuba selepas Erin ada komen kata Hada Labo lagi hydrating berbanding Klairs. Habis sahaja toner Dina, Dina terus beli Hada Labo. Masa habis itu, memang betul-betul Guardian tengah buat sales. Dina sudah guna Hada Labo Super Hyaluronic Acid Premium Hydrating Lotion ini selama dua bulan. Dina rasa sudah cukup layak untuk bagi pendapat Dina tentang produk ini.


Mula-mula guna memang Dina risau sangat muka Dina berminyak. Sebab tekstur Hada Labo ini sedikit pekat berbanding Klairs. Tapi tidak ye awak, muka Dina tidak lagi berminyak! Kulit Dina jadi semakin lembut. Dina suka kulit baru Dina. Licin sahaja. Selama dua bulan Dina guna Hada Labo, muka Dina sudah tidak lagi berminyak!

Harga untuk produk ini mampu milik ya. Tidak murah dan tidak begitu mahal. Masa Dina beli ini, Dina bayar dalam RM40+. Dina kurang ingat. Sebab masa itu tengah promosi. Tapi kalau awak nak beli dekat Watson dalam harga RM60 manakala Guardian dalam harga RM69. Tapi jangan risau, Watson dan Guardian selalu buat promosi. Mungkin awak boleh borong masa itu.


Dalam produk ini tidak mengandungi bahan seperti alkohol dan pewangi. Kalau awak tidak tahu, alkohol mampu merosakkan skin barrier awak dan juga merangsang kulit awak untuk mengeluarkan lebih banyak minyak. Lebih banyak minyak, lebih banyak jerawat. Manakala pewangi juga mampu merosakkan kulit wajah awak. Dina pun baru sahaja tahu. Maka Dina akan cuba cari produk yang tiada dua bahan itu selepas ini.

Dina selalu tidak nampak, apa yang toner ni mampu bagi pada wajah Dina. Kebiasaannya bila Dina guna toner, Dina rasa macam guna ke tak sama sahaja. Tiada perbezaan. Tapi selepas guna produk ini, Dina terkejut dengan perubahan pada muka Dina. Mungkin selepas ini Dina boleh cuba moisturiser dia pula.

Apa toner kegemaran awak pula?

Terima Kasih x

1 comment

  1. Saya tengah try somebymi punya toner ok juga.
    Hada Labo ni pula try dia punya cleanser.
    Serious cleanser dia berkesan haha tapi mahallll

    ReplyDelete

Theme by STS