Social Media

Grilled Egg Sandwich With Cheese Recipe


Assalamualaikum dan hai semua,
Berbuka untuk hari ini awak semua makan apa? Beli atau masak? Rumah Dina memang hari-hari masak. Beberapa hari lepas Dina ternampak blog Acuyuhan buat Sandwich Telur dan Sosej. Nampak menarik. Maka semalam, Dina nak buat sandwich telur juga tapi cara Dina. Bahan dan cara buat roti telur ini sangat mudah. Resepi ini untuk seorang makan ye. Mungkin kalau nak makan ramai-ramai kena lebihkan bahan.



Dina memang penggemar keju dan telur. Selalu Dina suka letak cili api dan bawang. Tapi hari ini tak rasa nak makan pedas dan bawang pula. Kalau awak nak letak pun boleh. Dina masak ni untuk adik-adik Dina sekali, mereka kata sedap. Mungkin awak boleh cuba juga! Oh kalau nak lagi sedap tambah daun salad atau timun. Dina kehabisan salad dan timun, maka Dina guna bahan apa sahaja yang ada.


B A H A N :

1 biji telur rebus
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lada hitam (pilihan)
1 keping keju cheddar (dikoyakkan)
1 sudu besar keju mozarella
2 keping roti
1 sudu besar mentega/marjerin

C A R A :

Mula-mula rebus telur. Dina suka rebus selama sepuluh minit. Sebab Dina paling takut kalau jadi separuh masak. Ada orang rebus sekejap sahaja. Ikut keselesaan masing-masing. Kemudian, Dina akan lenyek telur tersebut sehingga hancur. Masukkan mayonis, lada hitam, keju cheddar dan mozarella tadi. Gaulkan semua bahan tersebut. Selepas digaul, letak bahan tadi atas roti. Ambil pan dan cairkan 1/2 sudu besar marjerin atau mentega pada suhu rendah. Letak roti tadi diatas pan dan masak sehingga garing. Balikkan roti dan masukkan lebihan marjerin atau mentega tadi. Masak sehingga garing. Potong tiga segi dan siap!



Makan panas-panas dengan keju pun masih cair memang sedap! Dina dari dulu lagi suka makan macam ni. Tapi jangan makan selalu ya. Boleh menggemukkan. Dalam waktu-waktu macam ni, kena jaga kesihatan juga. Selamat mencuba awak!

Terima Kasih x

1 comment

  1. Sedapnya! makan panas panas memang sedap sebab cheese masih melting lagi.

    ReplyDelete

Theme by STS