
Assalamualaikum dan hai semua,
Sejak-sejak MCO ini, semakin ramai yang buat TikTok. Dina pun terikut buat akaun TikTok. TikTok menari-nari ini Dina kurang sikit. Dina lebih tertarik dengan memasak ke, fesyen ke atau seni. Beberapa hari yang lepas Dina ada terjumpa beberapa resepi yang menarik dan mudah di TikTok. Teringin nak cuba punya pasal, Dina terus buat. Sampai adik Dina cakap,"orang selalu fikir dulu tau sebelum buat. Kau ni jenis lepas tengok terus buat." Bukan apa, Dina risau kalau fikir punya fikir memang tidak terbuat.
Resepi pertama yang Dina cuba ialah Oreo Mug Cake. Resepi ini sangat mudah. Dina pun terkejut bahan dia sikit sahaja. Dina terjumpa dekat TikTok dan ramai kata sedap. Maka Dina pun suruh papa Dina belikan Oreo. Sebab bahan yang lain memang sudah ada dekat rumah. Mungkin awak pun boleh cuba lepas ni?

B A H A N:
6 keping Oreo (dihancurkan)
Cawan
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan susu segar
C A R A:
Gabungkan semua bahan tadi dan gaul sehingga sebati. Masukkan dalam Microwave selama seminit dan siap! Awak boleh nikmati bersama keluarga atau sendiri.

Kalau nak cakap tentang rasa, bagi Dina. Agak muak juga. Dina makan bertiga pun terasa muak. Tapi sedap! Dina macam teruja selepas cuba. Tekstur memang jadi macam kek. Dina guna Peanut Butter Oreo sebab yang original habis. Maka kek Dina ni ada rasa peanut butter tu. Untuk baking powder tu, Dina tengok ada sebahagian guna. Ada yang tidak. Sekiranya awak tiada baking powder, boleh tinggalkan bahan itu.
Resepi yang kedua Dina cuba pula French Toast Stick (Cinnamon Sugar). Resepi ini pun mudah dan juga sedap! Bahan dia pun tidak banyak sangat. Masa Dina tengok tu, memang terliur. Dina memang penggemar gula dan juga kulit kayu manis. Gabungan dua tu memang sempurna.

B A H A N:
1 sudu teh marjerin atau mentega5 keping roti (potong jejari)
2 biji telur
1 sudu teh Esen Vanila
Secubit garam
1 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk kayu manis (gabungkan)
Maple Syrup (pilihan)
C A R A:
Pecahkan telur. Kemudian, masukkan garam dan esen vanila. Gaul sehingga sebati. Panaskan pan dengan suhu sederhana dan cairkan mentega/marjerin tadi. Celupkan roti ke dalam telur dan letak di atas pan tadi. Masak sehingga garing. Angkat ke dalam piring. Salut roti tadi bersama gula dan juga kulit kayu manis. Makan bersama maple syrup. Siap!
French Toast ni dari kecil lagi Dina selalu makan. Tapi tanpa gula dan serbuk kayu manis. Arwah tok dulu selalu ajar makan dengan sos kalau tak nak rasa kosong. Mama Dina kadang-kadang suka letak sosej. Sedap juga. Ikut kreativiti masing-masing. Dina saja nak cuba yang gula dan kulit kayu manis ni. Rasa dia sedap kalau awak jenis suka makanan yang manis. Adik Dina laju sahaja habiskan.
Resepi terakhir yang Dina tertarik nak cuba ialah Pepperoni Pizza Bites. Resepi ini agak susah. Awak memerlukan ketuhar dan juga acuan. Dina terjumpa resepi ini di akaun @Newt. Tengok dia dan mak dia makan nampak sedap sangat!

B A H A N:
1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan keju mozzarella
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar chilli flakes
1/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh baking powder
Sosej atau pepperoni
1/2 sudu teh majerin (untuk sapu pada acuan)
C A R A:
Pecahkan telur dan masukkan susu. Gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaul sehingga sebati lagi sekali.

Seterusnya, masukkan sosej/pepperoni, chilli flakes dan keju mozarella. Awak gaul je sampai awak rasa puas hati. Nak tambah sosej/pepperoni dan keju pun boleh. Tiada masalah. Ikut kesukaan awak. Dina memang suka lebihkan. Awak pun boleh lebihkan.

Bila awak sudah puas hati dengan bahan tadi. Awak boleh panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius. Ambil acuan dan sapukan mentega/majerin supaya tak melekat. Masukkan semua adunan tadi ke dalam acuan dan masak selama 20 minit.

Bila awak nampak sudah kekuningan dan garing. Bawa keluar dan boleh dihidang! Ada yang makan bersama pes tomato. Nak makan begitu sahaja pun boleh.

Bagi Dina, Dina suka rasa ni sahaja. Tapi ada yang cakap rasa Pepperoni Pizza Bites ni terlalu kosong kalau tidak dimakan bersama pes tomato. Ikut kepada selera dan anak tekak masing-masing. Untuk resepi ini, Dina guna pepperoni.
Ini dia hasil dari resepi TikTok! Dina memang kalau buka TikTok terus lapar. Dina harap, resepi ini dapat membantu sedikit sebanyak buat awak yang tiada idea nak masak apa dah. Dina memang sejenis yang suka mencuba. Selamat mencuba dan berpuasa semua!
Terima Kasih x
Semua nampak sedaaaaaaaap!
ReplyDeletecam sedap je French Toast bersalut gula dan cinnamon. Nak cuba pizza tu susah pulak nak cari mozarella cheese. skang ni semua barang pakat habis :(
ReplyDeletePKPB ni boleh lah cuba. hehe
DeleteOMG rajin gilaaaa. I've always wanted to try this too but since I'm away from home, I don't have an oven or air fryer to bake. All I can do is that french toast.
ReplyDeleteFrench toast tu pun sedap! Boleh cubaaa
Delete