
Assalamualaikum dan hai semua,
Awak semua apa khabar? Dina doakan awak semua dalam keadaan yang baik-baik. Amin. Tajuk kali ini lain sedikit. Buat siapa yang tidak tahu, Dina dalam proses untuk menyayangi diri Dina. Dina percaya dengan menyayangi diri sendiri, hidup Dina akan jadi lebih positif dan diri ini akan lebih matang. Kalau awak kenal Dina, awak pasti tahu betapa bencinya Dina pada diri Dina sebelum ini. Bila tengok diri sendiri, seolah-olah melihat musuh. Meluat. Februari 2020, Dina mula rasa Dina perlukan hidup yang lebih positif. Baru Dina boleh capai apa yang Dina nak. Dina kena berhenti benci diri sendiri. Kalau Dina pun benci tengok diri sendiri, apatah lagi orang disekeliling Dina tengok Dina. Jika Dina sendiri tidak hormat diri Dina, macam mana orang disekeliling Dina nak hormat Dina. Betul tidak?
Mulai hari ini, Dina akan lebih kerap post tentang proses Dina mencintai diri sendiri. Benda paling awal Dina buat ialah buang semua orang yang Dina rasa toksik dalam hidup Dina. Bila Dina berada di bawah, Dina suka perhatikan setiap kelakuan orang terdekat dengan Dina. Baru-baru ini, Dina ditikam belakang oleh kawan Dina sendiri. Kawan yang Dina agak rapat. Kawan yang Dina betul hargai walaupun Dina jarang sangat luangkan masa dengan dia. Tapi kalau dia ada masalah ke apa. Dina memang akan cuba ada di sisi dia tidak kira sibuk macam mana pun jadual Dina.
Dina terkejut bila dia pilih untuk tikam belakang Dina. Pada masa yang sama, Dina bersyukur sebab Allah SWT tunjuk belang sebenar dia. Kalau bukan disebabkan ada hamba Allah SWT ni yang datang tiba-tiba persoalkan Dina betul ke tidak apa yang dia cerita. Mungkin Dina kekal buta. Dina tidak menyesal langsung untuk jauhkan diri dari orang yang macam itu. Selepas Dina blocked dia di media sosial dan nombor dia, Dina rasa lebih tenang. Lebih positif. Alhamdulillah. Dina ada juga blocked beberapa orang yang sentiasa mengganggu mental dan emosi Dina.
Jauhkan diri dari seseorang yang sentiasa berfikiran negatif atau menyakitkan hati ini, sebenarnya memberi impak yang besar untuk mental Dina. Dina tidak tahu sehingga Dina buat. Memang pada awal, Dina ragu-ragu dan takut. "What if" tu memang selalu sangat bermain di minda. Selepas Dina jauhkan diri, memang Allah SWT hadirkan rasa tenang sangat. Alhamdulillah.
Hubungan toksik bukan sahaja terdiri dikalangan rakan ye, keluarga dan pasangan pun boleh jadi toksik. Dina bukan pakar dalam bab-bab ini. Dina mampu cakap apa yang Dina buat dan rasa sahaja. Kalau awak rasa, awak ada hubungan yang toksik dari segi keluarga dan pasangan. Mungkin awak boleh tanya dan dapatkan nasihat dengan orang yang lebih pakar.
Sekiranya Dina nak kekal positif dan mula menyayangi diri Dina, Dina kena belajar jadi kuat. Buang semua rakan Dina yang suka pandang rendah pada diri Dina. Buang orang yang suka berkata-kata negatif atau buruk pada diri Dina. Dina tak kata kena putuskan silaturrahim ya. Cuma jauhkan diri sahaja. Walaupun Dina blocked kawan Dina tu dimana-mana. Dalam diam, Dina masih bantu apa yang Dina mampu dari jauh.
Walaupun kita rasa seseorang tu sangat toksik pada diri kita, jangan pernah berdendam atau pendam. Dina dari zaman sekolah lagi memang ajar diri Dina jangan benci orang. Manusia tidak sempurna. Kita maafkan dia dan lupakan apa dia buat. Hidup pun akan jadi lebih tenang.
Di sini Dina nak ambil kesempatan juga sekiranya, Dina adalah seseorang yang toksik dalam hidup awak. Mungkin Dina tidak sedar dengan perbuatan Dina mampu membuat awak terluka. Kalau awak nak blocked Dina ke apa. Silakan. Dina faham. Maafkan Dina ya.
Kalau awak tertanya-tanya, jauhkan diri dari segi Islam apa hukumnya. Awak boleh baca di Muftiwp.gov.my .
Terima Kasih x
Lega bila baca yang Dina dalam proses menyayangi diri sendiri. Itu memang kunci utama untuk tenang dan bahagia dalam kehidupan. Perkongsian Dina mesti akan membantu sesiapa yang mengalami perkara yang sama macam Dina. Semoga Dina kekal kuat dan terus bersemangat menghadapi segala kesukaran dalam proses ini. All the best and I look forward to your progress!
ReplyDeleteyou have the right to cut ties dengan all those toxis relationship. memula akan rasa guilty la rasa jahat ke kita ni buat macam ni but trust me no !! jangan takut because apa yang penting diri kita dulu. other people wont think about us. kita je boleh fkir pasal diri sendiri =D
ReplyDeletemana2 yang toxic tu buang je Dina dari hidup kita. We tend to blame ourselves first rather than seek solution to live happy & positive. Be strong and be happy. Stay safe ya
ReplyDeleteI can totally relate. I dunno for how long to be exact but I was kinda lost. I forgot to love myself while trying my best to love others. I was scold for that so many times. Sometimes I think it's funny of how real it was. Never thought it could happened to me too. I guess all have those times. I hope you can always stay positive and love yourself. Stay safe and take care.
ReplyDelete