Social Media

Innisfree No-Sebum Mineral Powder


Assalamualaikum dan hai semua,
Untuk hari ini pula, Dina akan cerita tentang bedak kegemaran Dina! Ini rahsia Dina untuk kekalkan solekan Dina cantik dan kemas. Produk korea memang sangat dikenali sebagai produk yang bagus dalam penjagaan kulit. Dina kalau cuba produk Korea, memang jarang ragu-ragu. Dina ada kulit kombinasi berminyak. Dina memang ada masalah sebum bila muka Dina berminyak atau cuaca terlalu panas. Bila Dina pakai solekan, memang automatik jadi nampak tak halus. Bedak ini sangat membantu dalam menghilangkan sebum Dina.

Antara sebab lain, Dina suka guna Innisfree No-Sebum Mineral Powder ialah setiap kali solekan Dina cair atau cakey, Dina cuma pakai bedak ini terus solekan Dina jadi matte dan kembali nampak segar. Dina memang selalu bawa bedak ini ke mana sahaja. Ini sudah bekas kedua Dina. Nak masuk ketiga.

Dengar perkataan Mineral itu sendiri mesti menyeramkan bukan? Jangan risau, produk ini tidak akan  buat pori awak tersumbat. Sebab mineral powder itu sendiri adalah non-comedogenicMaka, awak tidak perlu risau. Kalau muka awak berminyak, pakai sahaja bedak ini dan masalah minyak awak akan selesai.



Bekas dia kecil sahaja, senang dibawa ke mana sahaja. Tiada cermin ya. Maka, kalau Dina nak touch up kena pergi tandas. Selalu Dina kalau hendak guna, Dina akan ketuk di penutup bekas sampai keluar kuantiti yang Dina mahukan lepas itu pakai secara dab. Produk ini ada bau tapi tidak kuat sangat.

Dina suka rasa lembut selepas guna bedak ini. Tapi kelemahan bedak ini, Dia tidak buat solekan awak tahan lama seperti setting powder ya. Tapi Dina suka gunakan untuk touch up. Dina beli di kedai fizikal Innisfree dalam harga RM28 sebekas. Tapi awak boleh dapatkan di Hermo.


👄 4.7 / 5


Terima Kasih x

15 comments

  1. Produk dari Korea memang terbukti bagus kan Dina..
    Ramai yang gunakannya tak kira jenama.. Harga pun berbaloi..

    ReplyDelete
  2. my girl pun suka bedak Innisfree ni..and kekdg umi dia pun pinjam gak..hehehe

    hi Dina, singgah sini, liked your page, follow ur IG, subs yur YT..be safe during RMO

    ReplyDelete
  3. Kemasannya unik.
    Beda dengan produk kompetitor 🙂

    ReplyDelete
  4. Cantik packaging dia. Harga mampu milik pula tu, tak pernah beli innisfree so selalu ingat harganya mahal haha. Mungkin boleh cuba nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga Innisfree kebanyakan mampu milik. hehe

      Delete
  5. macam muka buzzlightyear la pack ni. comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang buzz lightyear edition pun. Comel kan!

      Delete
  6. hehe comel plak komen Busslightyear ni..
    a ah ade irasa2 hehe.. tak pernah cuba product ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan. hehehe. Boleh lah cuba lepas ni

      Delete
  7. kita pun pakai bedak ni gak, memang best sbb kawal minyak!
    and dia punya puff tu lembut gila~
    tapi tak puashati size kecik sangat, harap ada yg besar punya :(

    ReplyDelete
  8. Comel bekasnya pun. senang selit masuk dalam handbag bawak kemana-mana nak touch up make up :)

    ReplyDelete
  9. My sister bought this one but I didn't to try or ask here of how good it was. I love the packaging because it is so small and freakin' cute.

    ReplyDelete

Theme by STS