Social Media

Simple Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser


Assalamualaikum dan hai semua,
Memilih pelembab muka (moisturiser) yang tepat untuk kulit adalah penting. Lagi-lagi yang jenis suka pakai solekan macam Dina. Tapi sebelum memilih pelembab muka, kita perlu kenal kulit kita jenis apa dulu. Macam Dina kulit jenis kombinasi berminyak. Pilih pelembab untuk kulit Dina ni sebenarnya susah. Kalau tidak kena, kulit Dina akan jadi berbiji dan gatal. Minyak tu tak perlu cakap. Banyak!

Jenama Simple boleh di dapati di mana-mana drugstore seluruh Malaysia. Dina ada baca dekat twitter yang Simple Kind To Skin Hydrating Light Moisturiser ini amat sesuai untuk acne-prone skin. Dina ada minta kenalan Dina cuba, sebab jenis kulit dia acne-prone skin. Jerawat dia makin berkurang tapi tidak hilang sepenuhnya. Dia guna sekali dengan ubat jerawat ye. Bukan pelembab sahaja.

Maka, Dina terdetik untuk cuba sendiri. Sejujurnya, Dina kurang suka rasa melekit yang ada pada muka Dina selepas guna pelembab muka ni. Walaupun Dina ambil dalam kuantiti yang sangat-sangat sikit. Masih rasa melekit dekat muka Dina. Kalau awak sejenis yang suka rasa melekit, mungkin awak bakal suka produk ini.

Dina selalu akan ambil tisu muka dan blot mana lebihan melekit tu. Pelembab muka ini mengandungi Glycerin dan Urea. Bahan ini sangat sesuai untuk kulit yang kering. Mungkin awak yang ada kulit kering boleh cuba juga?

Aqua, Glycerin, Paraffinum Liquidum, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Cetyl Palmitate, Dimethicone, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Borago Officinalis Seed Oil, Pantolactone, Bisabolol, Sodium lactate, Lactic acid, Serine, Urea, Sorbitol, Allantoin, Sodium chloride, Potassium hydroxide, Carbomer, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Cetyl Alcohol, Pentylene Glycol, Disodium EDTA, Methylparaben, Propylparaben, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, Mica, Titanium dioxide.
Ingredients correct at time of publishing. Always check product packaging.

Pelembab muka ini, memang buat kulit Dina terasa lembut sangat. Dina kena ambil dalam kuantiti yang sangat sikit atau muka Dina akan berakhir dengan berminyak. Tapi untuk tengkuk, memang bagus. Dina suka lebihkan untuk tengkuk Dina.


Sejak-sejak nak jaga muka balik ni, Dina sangat memilih bekas untuk skincare Dina. Pelembab ini dalam botol ye awak. Sangat hygiene! Kalau awak jenis yang sensitif dengan perfume atau tidak suka produk yang ada bau. Mungkin awak boleh cuba yang ini. Sebab memang tiada bau langsung.

Adakah Dina akan beli pelembab muka ini lagi? Mungkin. Untuk tengkuk Dina dan harga dia murah. Dina beli dalam RM 18.53 (Harga Promosi).  Dina beli di Watson. Sejak-sejak kena kawalan pergerakan ini, Dina sarankan beli secara dalam talian sahaja. Tidak perlu keluar rumah ye.

Terima Kasih x

5 comments

  1. I've tried this one but sadly it's not for me.

    ReplyDelete
  2. Yeah simple, best jugak dia punya makeup remover.. kalau moisturizer i suka brand alha alfa sebab tak melekit and sesuai dengan kulit muka i :)

    ReplyDelete
  3. Suka packaging produk Simple nie..

    ReplyDelete
  4. nk bagitau pelembap jenis lotion untuk kulit jenis normal to combination skin je boleh pakai.,..kalau kulit kering kne pakai pelembap jenis creamy,..n berminyak jenis gel,..so kne tgk kulit korang jenis apa..mcm simple ni untuk normal to combination je boleh pakai,..smga mmbntu

    ReplyDelete

Theme by STS