
Assalamualaikum dan hai semua,
Pernah tak awak tertanya-tanya kenapa awal-awal pakai foundation ni cantik elok sahaja dengan warna kulit. Selepas beberapa jam kemudian, warnanya berubah menjadi lebih gelap? Melalui post kali ini Dina akan cuba terangkan kepada awak bagaimana nak hentikan foundation daripada pengoksidaan.

Memilih Skincare yang tepat. Muka yang berminyak mampu menyumbang kepada proses pengoksidasi foundation. Kalau muka awak tak berminyak tapi masih lalui oksidasi maka awak kena sentiasa pastikan tahap keaksidan kulit awak di tahap pH yang sihat.
Guna Primer yang sesuai. Primer memainkan peranan yang penting dalam rutin solekan. Primer adalah penghadang di antara kulit dan juga foundation. Minyak semulajadi pada wajah juga mampu menyumbang kepada proses oksidasi. Sekiranya awak ada kulit kombinasi seperti Dina. Dina sarankan untuk guna dua primer yang berbeza. Pada kulit yang berminyak, guna primer yang matte dan sebaliknya.
Blot lebihan minyak di wajah. Selepas pakai primer, kalau masih ada lebihan minyak di muka. Ambil tisu muka atau kertas blotting dan blot kan di wajah sehingga hilang lebihan minyak itu. Boleh ulang teknik ini selepas pakai foundation.
Guna Setting Spray atau Bedak Setting. Selepas pakai solekan, jangan lupa untuk set your makeup. Dina lebih suka Bedak Setting sebab bedak lebih membantu untuk serap minyak berlebihan di muka Dina berbanding Setting Spray. Tapi ada yang lebih gemar Setting Spray. Ikut kepada keserasian masing-masing.
Semak bahan solekan. Beli produk yang bebas minyak agar minyak di dalam produk tersebut tidak bertindak balas kepada minyak semulajadi di muka kita.
Beli foundation yang lebih cerah. Kalau awak memang suka sangat dengan satu foundation ini tapi malas nak fikir. Beli warna foundation tersebut lebih cerah dari kulit awak. Bukan warna awak tan, awak pergi ambil ivory pula. Ambil yang nak seiras warna kulit cuma cerah sedikit.
Dina harap post kali ini dapat membantu sedikit sebanyak. Memandangkan ramai yang suka tanya Dina, foundation apa yang tak oxidize ya.
Terima Kasih x
my current favourite is loreal infallible foundation
ReplyDeleteDina nak kena cuba yang loreal pula. Baca ramai yang kata best
Deletehaah best. even dah ptg or malam pun the make up stay on point.
Deleteramai cakap it looks good sampi kan bila pakai rasa sayang nak cuci haha.
on a daily basis pun ray pakai nipis je sbb nnt senang nak cuci bila nak solat then reapply balik when needed.
Hana tak reti pakai foundation... haha so thank you for your sharing! dapat jugak ilmu sikit-sikit... ;)
ReplyDeletebetul tu. pakai yang tona lebih cerah. kalau pilih yg gelap nanti kulit nampak bertambah gelap selepas beberapa jam sbb oxidize tu
ReplyDeleteCantik botol dia
ReplyDeleteAlamak.. lama tak pakai..hehehe..
ReplyDeleteNice sharing..