Social Media

Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation



Assalamualaikum dan hai semua,
Memandangkan post Dina yang Maybelline 24HR Superstay Foundation  ramai yang suka. Dina buat keputusan untuk buat satu lagi post tentang  foundation Maybelline yang terkenal juga, iaitu Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation.

Dina sebenarnya beli Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation ni dulu sebelum Maybelline 24HR Superstay Foundation tu. Maka foundation Dina ni masih versi tuang. Fit Me foundation yang baru sudah berubah wajah ye. Maybelline sudah tambah pam.

Sejujurnya, Dina kurang suka foundation ini. Sebab tu foundation ni belum habis. Kalau awak selalu baca blog Dina, awak akan tahu kulit Dina jenis kombinasi berminyak. Dekat T-Zon tu memang berminyak sangat. Maka, Dina kena memilih foundation yang mampu bertahan lama dan juga tak buat muka Dina nampak berminyak sangat. 



Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation ini sesuai kalau awak jenis suka solekan nampak dewy. Awal-awal pakai memang akan nampak Matte. Selepas beberapa jam, awak akan nampak foundation tu berubah menjadi dewy walaupun dalam kawasan berhawa dingin. Dina kurang gemar bila foundation buat muka Dina berkilat.

Produk ini memang terasa ringan sahaja bila awal-awal pakai. Bila mula berminyak tu, terasa berat dan rimas tetapi tak cakey atau creasing. Dina ada masalah pores yang besar. Sayangnya, produk ini tidak menutup segala pores Dina. Coverage dia pula, light to medium sahaja. Warna kod Dina ialah 115 Ivory.

Adakah Dina akan beli produk ini lagi selepas ini? Ayy, nope. Dina beli produk ini di Guardian RM49.90. Awak boleh tunggu promo. Sebab lagi murah.

👄 / 5

Terima Kasih x

7 comments

  1. Sambil2 baca review ni, kepala Hana asyik ter'play lagu iklan maybelline tu hahah
    .
    Thank you for your honest review :D

    ReplyDelete
  2. I've never tried this one.

    ReplyDelete
  3. Suka pakai FD Fit Me & Superstay tu. Dah cuba yang lain, yang ni jugak better. Depends pada kulit masing-masing. apapun kena pakai yang sesuai dengan kulit.

    ReplyDelete

Theme by STS