Social Media

Maybelline The Colossal Waterproof Mascara


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina nak cakap tentang Maybelline The Colossal Waterproof Mascara. Masa ada promosi hari tu mesti awak beli juga kan? Dina suka guna maskara yang kalis air sebab bila kena hujan ke apa ke, mata Dina tak berubah jadi mata panda.
Dina beli maskara ini memang awal-awal dia masuk Malaysia hari tu. Bretman Rock ada buat maskara review dan dia rate maskara ni tinggi. Dina memang sejenis manusia yang suka tertanya-tanya. Maka, Dina berakhir dengan beli satu juga.


Berus untuk maskara ini sejenis yang macam ni. Ada orang memilih jenis berus maskara. Macam Dina tak kisah. Yang penting hasil dia sahaja. Dina tak suka bila maskara tu buat bulu mata Dina ada ketulan lebihan maskara tu.

Maskara ni buat bulu mata nampak natural. Kalau awak jenis suka yang Volume Mascara, Dina tak rasa ini sesuai untuk awak. Dina guna ni bila Dina nak natural makeup look. Dina ada cuba pakai lebih dari dua lapis, tapi berakhir dengan clumps.

Maskara ni bila pakai, rasa macam tak pakai. Kalau awak sejenis yang tak suka rasa mata macam ada sesuatu yang berat setiap kali guna maskara. Mungkin boleh cuba yang ini? Bagi Dina, bila guna tu memang tak rasa macam pakai maskara pun.


Rutin solekan Dina memang tak boleh kalau tiada maskara. Dina rasa macam tidak lengkap. Pendapat Dina maskara buat semua solekan yang lain naik seri. Sebab tu bila bab maskara, Dina sedikit cerewet.

Untuk maskara ni, Dina kirim orang belikan. Kalau awak nak beli, boleh dapatkan di Watson atau Guardian. Kalau habis, Dina akan beli lagi sebab Dina suka bila produk ini bagi natural eyelash look.

👄 4.5 / 5


Terima Kasih x

9 comments

  1. waalaikumussalam. oh dah lama kak takda pakai mascara T_T

    ReplyDelete
  2. Suka gak mascara ni cuma kengkadang cam sticky sangat gitu xx

    ReplyDelete
  3. i've tried the hyper curl but a bit messy bila nak cuci.
    this one tak pernah try lagi. thanks for the review

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina dulu guna hyper curl juga. Tapi kurang suka sebab tak volumize sangat

      Delete
    2. maybe next time boleh try yg ni jugak. but now tak boleh keluar haha

      Delete
  4. Jarang pakai mascara. tapi kalau pakai suka jenis macam ni.

    ReplyDelete
  5. Paling suka maskara.. tapi tak pernah cuba yang ini..

    ReplyDelete

Theme by STS