
Assalamualaikum dan hai semua,
Awak perasan tak apa yang baru dalam blog Dina? Ya! AdSense Dina sudah diluluskan! Teruja pula Dina. Okay untuk post kali ini, Dina nak cakap tentang apa yang Dina makan dalam satu hari.
Untuk pagi, Dina buat Nasi Goreng Telur bersama Brokoli celur. Senang dan juga sedap! Dina kelas pagi pun dalam pukul 10 macam tu, maka sempat untuk Dina buat nasi goreng telur ni. Nasi, Dina dah masak sehari sebelum dan simpan dalam peti ais. Bahan dia senang sahaja. Dina hanya perlukan planta, telur dan garam.

Untuk tengahari pula, Dina makan Samyang Carbonara. Kebiasaannya Dina sangat sibuk waktu petang, maka Dina akan beli atau masak sesuatu yang senang macam ini. Sosej yang Dina masak tu, sosej Marina Chilli Flakes. Rasa dia macam Dina biasa makan, tapi tak ingat sampai sekarang apa dia. Sosej ni sedap! Dina akan beli lagi lepas ni. Sayur tu pula, salad Arugula. Semua ini, Dina beli dekat Jaya Grocer.

Malam selalu kalau banyak perjumpaan, Dina akan order Grab Food sahaja. Dina ada ternampak Nandos ada pencuci mulut baru iaitu Naughty Natas. Dina terus order sebab nak rasa. Nampak sangat menarik dan tidak mengecewakan! Dina suka pencuci mulut yang tidak terlalu manis dan Naughty Natas ini memang kena dengan citarasa Dina. Harga dia sedikit mahal. Untuk Grab Food, Dina bayar harga promosi RM27.50 (tidak termasuk caj penghantaran dan cukai). Dina rasa, Dina akan order lagi dan lagi. Sebab memang ketagih makan ini.
Terima Kasih x
All these pictures are making me crave for more food! But I agree, making fried rice is one of the simplest cooking I know too. Really easy to prepare and eat for whichever meal of the day. Wonderful post!
ReplyDeletei've given up when it comes to adsense haha
ReplyDeleteSedapnya menu menu Dina.
ReplyDeleteSimple tapi mengenyangkan..
ReplyDelete