Social Media

Palmer's Calming Cream Cleanser


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina nak cakap tentang Palmer's Cocoa Butter Formula Calming Cream Cleanser. Fyi, this is not mine. Dina suruh kawan Dina beli dan cuba. Dina memang suka jadikan orang sebagai bahan ujikaji.

Kawan Dina mempunyai kulit Normal hingga ke Dry Skin. Pencuci muka ni macam Milk Cleanser. Tekstur dia sangat lembut dan tidak mempunyai buih. Dina ada cuba sekali, tapi berakhir dengan allergic reaction. Minyak dekat muka Dina tak hilang sepenuhnya. Untuk Combination skin macam Dina tak sesuai. Maka, Dina pun tanya pendapat rakan Dina mengenai pencuci muka ini untuk yang berkulit kering.

Kawan Dina suka pencuci muka ini kerana dia tidak menghilangkan minyak dan tidak terasa tegang selepas dibilas. Bau dia ada bau coklat. Dia tidak perlu buat double cleansing sebab guna ini pun dah cukup bersihkan pori dan sebagainya. Rasa menyegarkan dan hilangkan tona tidak sekata. Lepas cuci muka, kulit terasa lembut dan produk lain senang serang dalam kulit.

Bahan utama dalam pencuci muka ini ialah Vitamin E, Cocoa Butter dan Shea Butter. Vitamin E sangat dikenali dalam mencerahkan kulit atau hilangkan tona tidak sekata. Manakala, Shea Butter pula mampu menghilangkan parut dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Cocoa Butter pula mampu melambatkan proses penuaan dan bagus untuk parut juga.


Bahan yang sesuai untuk kulit kering seperti Glycerin ada dalam bahan pencuci muka ini. Seperti yang dinyatakan pada produk tersebut, ianya sesuai untuk kulit yang sensitif dan telah diuji oleh dermatologis. It should be safe. Produk ini mungkin tidak sesuai untuk Dina, tetapi kemungkinan sesuai untuk awak.

Masa kami beli produk ini, dalam harga promosi RM24.07. Harga asal pencuci muka ini dalam RM30.09. Boleh dapatkan di Guardian. Dina tinggalkan link di bawah.

Terima kasih x


Link:

Guardian - Palmer's Calming Cream Cleanser

4 comments

  1. Pernah pakai rasanya lotion palmers ni...dulu² masa nandung...tak perasan pula ada pencuci muka sekali

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ya datang di blog Etuza

    ReplyDelete
  3. this is one of my favourite brands. sebb bau dye best hehe

    ReplyDelete

Theme by STS