Social Media

My Current Skincare #2


Assalamualaikum dan hai,
Sempena tahun baru ni, Dina terasa macam nak tulis tentang produk penjagaan kulit Dina yang sekarang. Ya benar, rakan-rakan. Seperti yang awak nampak, Dina sudah kurangkan produk untuk rutin penjagaan kulit Dina dan tukar 360 darjah.


Kalau nak tahu Dina guna pencuci muka apa sekarang, boleh baca post Dina yang lepas, Innisfree Bija Trouble Foam .

Nak cari produk untuk penjagaan kulit muka ni sangat susah ye. Dina tidak nafikan. Tapi tak bermakna kita patut menyerah kalah bila tak jumpa yang sesuai. Sebab rutin penjagaan kulit ni penting. Ianya sebahagian daripada kebersihan diri juga tahu.

Semua produk yang Dina guna sekarang, berjaya kecilkan pores dan buat kulit Dina terasa lembut. Setiap produk yang Dina guna 100% Dina beli dan tidak dibayar oleh mana-mana pihak.

T O N E R .

Untuk toner, Dina gunakan Klairs Supple Preparation Toner. Dina dah habis guna sebotol besar Klairs, belum sempat nak beli yang baru. Maka, Dina guna travel toner. Setakat ini, Klairs yang paling Dina suka! Bila pakai tu, terasa kulit lembut sahaja. Dina akan guna dua titik, setiap pagi dan malam. Dina selalu beli toner ni di Hermo .


S E R U M .

Serum pula, Dina guna Bio-Essence Rose Gold Water. Produk ni sebenarnya serum dan juga toner. Tapi, Dina lebih gemar jadikan dia serum. Kalau Dina guna produk ni sebagai serum dan toner, muka Dina akan jadi berminyak dan banyak kulit mati. Kulit muka Dina akan terasa lembut dan pores makin kecil apabila produk ini digabungkan dengan toner Klairs tadi.


M O I S T U R I S E R .

Dina kurang suka pelembab muka jenama Simple ni. Produk ni, tak betul serap dalam kulit. Bila pakai awal-awal tu memang okay, tapi lama-kelamaan akan mula terasa berminyak. Dina lebih suka Sephora punya. Mungkin selepas habis sebotol ni, Dina akan berubah balik kepada Sephora.


S U N S C R E E N.

Skin Aqua UV Super Moisture Essence ni kegemaran Dina. Memang okay untuk orang yang kulit berminyak ke kombinasi macam Dina ni. Agak mahal kalau beli dekat Watson tapi berbaloi.


Serum, moisturiser dan sunscreen, awak boleh dapatkan dekat Watson atau Guardian. Buat masa sekarang, ubat jerawat Dina masih setia dengan Mario Badescu. Harap post Dina yang ini dapat membantu awak yang sedang mencari produk penjagaan kulit yang sesuai.

Terima Kasih x

3 comments

  1. klairs punya toner tu best, tapi erin lagi suka hada labo punya. lagi hydrating hehe. nice post!

    https://www.littlesipsoftea.com

    ReplyDelete
  2. hadoi.. lama dah tak buat rutin penjagaan muka nie.. hehehe..

    ReplyDelete

Theme by STS