Assalamualaikum dan hai semua,
Beberapa bulan lepas, Dina tukar rutin penjagaan kulit. Sebab Dina rasa tak berpuas hati dengan produk yang sedia ada.
Benda pertama yang Dina tukar ialah pencuci muka. Sejak Dina guna Innisfree ni, memang langsung tak nak tukar dengan jenama lain dah. Pencuci muka dari Innisfree ni tak keringkan muka Dina macam kebanyakan produk lain. Sebelum ni, Dina guna Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam. Boleh baca dekat post lama Dina, My Current Skincare #1 .
Dina tukar pencuci muka sebab pencuci muka yang lepas tak membantu bersihkan Pores muka Dina. Tiada perubahan. Maka, Dina beralih ke Innisfree Bija Trouble Facial Foam.
Seperti yang awak nampak, produk ni tiada scrub seperti Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam. Dina ada kulit kombinasi, di mana bahagian hidung dan dahi (T-Zone) Dina sering berminyak. Bahagian lain normal.
Bila kulit Dina berminyak, pores Dina akan makin besar dan tersumbat. Maka, dalam rutin penjagaan kulit Dina akan lebih fokus dalam kurangkan minyak pada muka.
Pencuci muka yang betul sangat penting bagi Dina. Dina nak hilangkan minyak tapi tak keringkan kulit dan pada masa yang sama Dina tak nak pores tersumbat. Pores tersumbat boleh menyebabkan jerawat juga. Sebab tu, Dina sangat memilih kalau bab pencuci muka.
Innisfree Bija Trouble Facial Foam ni memang lengkap apa yang Dina nak. Kulit Dina jadi lembut je lepas pakai. Bukan setakat pores, Dina punya whitehead pun hilang sekali. Paling penting dia tak keringkan kulit Dina.
Dina beli ni dekat kedai fizikal Innisfree. Dina tak pasti ada dekat Hermo ke tak. Dina beli RM38 satu.
Buat masa sekarang, Dina akan guna pencuci muka ini je. Sebab Dina suka kulit Dina sekarang. Untuk rutin penjagaan kulit Dina yang lain, Dina akan update dari masa ke semasa.
Terima Kasih x
Link :
Innisfree - Here
cambest facial foam ni. Currently ada satu je produk innisfree, scrub foam tu
ReplyDeleteyang mana satu babe? Best tak?
DeleteWah bagus juga Ni ye. Mama Rasa mama pun kulit jenis kombinasi
ReplyDeletemacam best untuk dicuba.. hehehe
ReplyDelete