Social Media

Chun

168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Korean Corndog sekarang menjadi popular di kalangan kita. Mungkin sebab kejunya yang boleh ditarik? Sebenarnya Dina sudah lama cuba Chun ni. Sejak dia awal-awal buka lagi. Dina pesan semua yang ada dalam menu kecuali air.

Dulu, Dina suka tengok cerita K-Drama. Setiap kali tengok dorang makan, memang terliur. Lepas dengar Chun ni mula dibuka. Terus nak pergi cuba!

핫도그 ("hotdog") antara makanan jalanan yang paling popular di Korea. Mereka akan salut dengan gula. Pelik? Tapi rasanya menarik!

Dekat Chun, awak boleh pilih nak salut dengan apa dan sos yang awak suka. Awak boleh tengok mereka memasak juga! Dina bayar jumlah keseluruhan dalam RM30+. Rasanya, rangup di luar dan lembut di dalam. Korean Corndog ni sedap dimakan waktu panas-panas. Kalau awak tak boleh makan keju ataupun tak gemar. Jangan risau, awak boleh minta tanpa keju.



Awak pernah makan Korean Corndog? Awak suka beli dekat mana?

 9 / 10

Terima kasih x

9 comments

  1. tak pernah lagi jumpa korean corndog ni...sebab kurang berani mencuba makanan baru..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Boleh lah cuba lepas ni. hehehe

    ReplyDelete
  3. Alamak apesal nampaknsedap.. nak Cari la

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ada cheese. Tapi belum cuba lagi :(

    ReplyDelete
  5. belum pernah lagi try hotdog K-style ni. kan best klu ada jual kat supermarket pastu goreng sendiri hehe

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi.. nampak menarik pula..

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD