Social Media

Ayam Goreng Mcd Ekstra Pedas


Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa dah cuba Ayam Goreng Mcd Ekstra Pedas? Dina baru cuba semalam. Sebelum cuba ni, macam-macam Dina dengar dari kawan Dina. Pedas sampai menangis lah. Boleh cirit berdarah lah. Makan terus sakit perut satu hari. Macam-macam.

Makin lama, rasa ingin tahu Dina membuak-buak. Maka, Dina buat keputusan untuk cuba juga. Buat pengetahuan awak, Dina ni memang jenis suka makan pedas. Walaupun doktor banyak kali marah sebab gastrik.


Buat julung-julung kalinya, Dina guna GrabFood. Saja nak mencuba. Selalu memang buat pesanan terus dari aplikasi McD atau FoodPanda. Kalau awak nak cuba GrabFood juga, boleh guna kod "GRABCUTEMONSTAA" dan menikmati 50% off x 2 kali guna tapi untuk pengguna baru sahaja.


Sejujurnya, Ayam Goreng McD Ekstra Pedas ni bukan pedas manapun. Dina belek-belek juga kotak tu. Tengok resit banyak kali. Betul ke ni ayam 3x pedas tu. Macam tidak percaya. Rasa dia sedikit pedas dari yang biasa tapi tidak cukup pedas sampai Dina perlu cari air. Dina leka makan sambil tengok Netflix sampai tidak sedar habis. Rasa menyesal tidak ambil 3 ketul punya.

Bagi Dina, ayam goreng 3x pedas ni lagi sedap dari yang biasa punya. Mungkin rasa pedas dia tu yang buat Dina ketagih nak makan. Alhamdulillah, Dina tak ada sakit perut atau cirit berdarah hari ini. Elok sahaja pergi ke kelas. Tiada masalah. Mungkin perut Dina dah penat hadam makanan pedas, sampai dah immune. Dina bayar untuk Ayam Goreng McD Ekstra Pedas ni sebanyak RM13 (selepas diskaun).

 9 / 10

Terima kasih x

10 comments

  1. Ada yang kata pedas, ada yang kata tak..
    depends pada orang yang makan lah nie..
    Tapi sha tak cuba lagi..

    ReplyDelete
  2. Hhahaha, rasa macam antiklimatik pulak. Promo merata and i sejenis tak makan ayam goreng fast food ni pon dah teringin nak rasa.

    // afifahaddnan.com

    ReplyDelete
  3. bila tengok macam teringin. tapi disebabkan dah tau masalah perut ni sensetif, so tak berani nak cuba.

    ReplyDelete
  4. kan rasanya kali ni lagi best dari yang pedas biasa tu. tapi takdalah mcm 3x pedas. rasanya 2x pedas je kot. masih boleh bawa bincang lagi kn

    ReplyDelete
  5. Err dah lama mama.nak.try tapi takut pedas sgt nanti sakit perut plak

    ReplyDelete
  6. Wow! Saya salute orang yang boleh makan pedas ni sebab saya tak tahan pedas.
    Haritu baru cubit kulit je dah menggelupur cari air itu dua cawan jugak lah teguk. Baru secubit kulit belum seketul bahagian ayam tu, and the next hour terus sakit perut. Nasib baik ada simpan stock Vitagen. Kalau tak jenuhlah.

    You're awesome !

    ReplyDelete
  7. belum try lagi ayam mcd yg baru ni..hehe

    ReplyDelete
  8. Erk mama tgh kumpul kekt
    Uatan nak makan Ni... Takut

    ReplyDelete
  9. Buat betul Dina? Mama makan pedas dah macam beruk makye dah kiki

    ReplyDelete

Theme by STS