Social Media

Maybelline 24HR Superstay Foundation


Assalamualaikum dan hai semua,
Seperti yang awak tahu, Dina ada kulit kombinasi hingga berminyak. Memilih foundation yang sesuai untuk kulit Dina sangat susah. Selalu Dina kena rajin betulkan makeup sebab 'cair' atau cakey.


Baru-baru ni Dina ada beli Maybelline 24HR Superstay Foundation. Siapa dah cuba? Benda pertama yang Dina kagum ialah produk ini mampu bertahan selama 24 jam? Betul ke? Siapa yang pakai solekan selama 24 jam? Paling lama Dina pakai pun 16 jam. Itu pun dah rimas.

Sebelum beli Dina tengok pendapat orang tentang produk ini dulu. Semua yang Dina tengok mahupun baca, mengatakan produk ini bagus. Maka Dina tertarik untuk mencuba sendiri.


Warna foundation ini terlalu cerah untuk Dina. Dina punya warna kod untuk Maybelline ialah 115 Ivory, tapi Dina terpaksa ambil 112 Natural Ivory  kerana warna produk ini sangat terhad. Hanya ada 9 warna sahaja yang dijual di Malaysia. Mungkin Dina kena beli dari USA sendiri untuk dapatkan warna yang tepat untuk Dina.

Tekstur produk ini lebih kepada bertepung (powdery). Masa mula-mula beli tu memang tak cuba atas tangan. Terus rembat sahaja. Bila sudah balik baru nak cuba. Dina terkejut dengan tekstur dia yang seolah-olah bertepung tapi tidak Matte.


Sudah tiga kali Dina guna foundation ini. Memang saja cuba masa raya, nak tengok cakey atau cair ke tidak. Produk ini memang terasa sedikit berat daripada foundation full coverage yang Dina pernah cuba. Warna dia sedikit kelabu sebab bukan warna kulit Dina. Bahagian yang Dina paling suka, dia tak cakey ataupun creasing walaupun cuaca panas. Dina tidak perlu selalu pergi tandas dan betulkan makeup. Untuk coverage pula, bagi Dina dia sederhana. Dina kena pakai dua kali baru jadi full coverage.

Segala lubang pori Dina memang tak nampak. Hilang. Tapi kalau jerawat atau parut yang gelap, Dina masih kena pakai Concealer untuk tutup. Untuk pengetahuan awak, produk ini dalam bentuk pam. Dina suka! Kalau jenis yang tuang atau drop ni Dina kurang sikit. Sebab kadang-kadang, tertuang lebih. Nak masukkan balik, tidak boleh. Sebab kita kena sentiasa pastikan produk yang kita guna tu, hygiene atau awak bakal akan ada kawan baru iaitu jerawat. Dekat situ, dah membazir.

Buat masa sekarang kalau Dina nak guna produk ini, Dina akan gabungkan dengan foundation NARS. Sebab warna foundation NARS Dina lebih gelap dari kulit Dina.

Awak boleh dapatkan Maybelline 24HR Superstay Foundation ini dengan harga RM 54.90. Dina beli di Watson.

👄 4 / 5

Terima kasih x


10 comments

  1. pernah cuba fd maybeline yg lain je..boleh cuba nanti yang ni :-)

    ReplyDelete
  2. best foundation ni! erin suka gila x

    <a href="http://www.erinazmir.com”>erin azmir | lifestyle + journal + beauty</a>

    ReplyDelete
  3. let's join our first giveaway :)

    https://beehaazman19.blogspot.com/2019/07/first-giveaway-by-anis-beeha.html

    ReplyDelete
  4. Uuuu my bestie loveeeee this foundation so much she bought like tons of it every time restock sebab dia memang selalu pakai.

    ReplyDelete
  5. golongan wanita suka produk ni kan hehe

    followed here #184

    ReplyDelete
  6. Wow...kena cuba ni...kulit Mama Yan jenis berminyak sakan dan berpeluh.

    ReplyDelete
  7. nice sharing..
    salam perkenalan dan follow sini..

    ReplyDelete
  8. Best juga ye wapaun texture agak berat tapi xbercapuk

    ReplyDelete
  9. Yup, best Sgt kot foundation maybelline full coverage nie... 😍😍

    ReplyDelete

Theme by STS