Social Media

Marvel Studios: Ten Years Of Heroes Exhibition

Pavilion Elite, 168, Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Assalamualaikum dan hai,
Baru-baru ni Dina pergi Marvel Studios: Ten Years Of Heroes Exhibition di Pavilion. Kalau awak peminat tegar Marvel, awak wajib datang sini!


Dina beli tiket melalui Klook sebab malas beratur. Harga tiket untuk dewasa RM 48 (MYKAD), manakala kanak-kanak RM 28 (MYKAD). Kalau awak nak beli dekat Klook juga boleh klik dekat gambar bawah ni.

Klook.com

Sampai sahaja di Pavilion Elite, Dina terus ke kaunter untuk tebus tiket. Selepas tebus tiket, awak akan diberi arahan untuk buat kad ID Avengers.


Pintu pertama yang dibuka, awak akan nampak poster semua cerita Marvel. Jalan ke depan sikit, awak akan nampak Iron Man.


Mana peminat Iron Man pasti akan teruja dapat melihat depan mata. Awak juga berpeluang bergambar bersama patung Iron Man.


Sut yang dipamerkan adalah sut yang sebenar digunakan dalam filem. Menarik bukan? Di sini juga ada ruang ala-ala bilik Tony Stark. Awak boleh berangan jadi Tony Stark tengah buat sut.


Siapa peminat Thor dekat sini? Tak dapat jumpa Thor dalam dunia nyata, jumpa Thor patung pun jadi. Bukan itu sahaja, awak juga dapat melihat senjata yang digunakan oleh Thor seperti Mjolnir dan Stormbreaker.



Seterusnya, Dina ke Doctor Strange! Dekat Doctor Strange ada beberapa ruang untuk awak merasa menjadi ahli sihir. Awak juga dapat melihat The Eye of Agamotto.


Selain daripada itu, awak juga dapat melihat senjata yang digunakan dalam cerita Guardians Of The Galaxy.



Dina tahu kebanyakan kawan Dina pasti teruja tengok Captain Marvel. Kalau belum tengok, awak kena tengok Captain Marvel ni! Dina tengok 3 kali dekat panggung wayang.

Di bahagian Captain Marvel juga awak boleh pilih nak warna sut apa. Seronok sebab boleh main tekan-tekan.






Superhero yang sangat popular di kalangan kanak-kanak iaitu Black Panther. Masa cerita ini masih hangat lagi, mana-mana je Dina pergi. Pasti dengar budak-budak jerit "Wakanda Forever!"


Bukan itu sahaja, Ant-Man dan juga Thanos pun ada!




Seronok datang sini sekeluarga atau bersama rakan-rakan yang memang peminat Marvel! Boleh jerit sama-sama setiap kali jumpa karakter yang awak semua minat.

Sebelum keluar, jangan lupa ambil ID Avengers awak ye untuk kenang-kenangan.

Terima kasih x

9 comments

  1. taktau pula ada ni kat pavilion. okay I nak pergi XD

    ReplyDelete
  2. Kalau pergi KL, bolehlah pergi sini.

    ReplyDelete
  3. ala baru je ke Pavilion selasa lepas. Kalau tau, mesti singgah sebab anak akak suka marvel ni.

    ReplyDelete
  4. aduhh kene pergi ni. tapi pricey juga ni. haishhh

    ReplyDelete
  5. Everything look so much fun!
    And believe it or not, I'm watching Avengers: Endgame while writing this comment sebab tak dapat tengok masa keluar dekat wayang. Captain Marvel pun tak sempat tengok until. Can't wait to watch it sebab ramai cakap best.
    Love all the photos too :)

    ReplyDelete
  6. adoi.. bestnya.. seronok juga nie kalau gi dengan encik suami.. hehehe

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD