
Assalamualaikum dan hai,
Hari ini Dina nak cakap tentang Dahmakan! Apa itu Dahmakan? Dahmakan ini satu aplikasi di mana awak boleh pesan makanan mengikut menu yang disediakan. Setiap hari menu yang berbeza. Beberapa minggu ini, Dina asyik pesan Dahmakan. Sebab ada sahaja promo yang Dahmakan ni bagi. Dina suka pesan Salted Egg. Sebab sedap sangat!
Dina akan ambil Salted-Egg Butter Chicken + Tealive yang berharga RM 19.90 untuk satu set. Tapi sekali-sekala ada juga cuba menu yang lain seperti Braised Beef Brisket dari Premium Menu yang bernilai RM 31. Daging dia lembut sangat! Kalau orang tak ada gigi pun boleh makan. Lembut sangat-sangat.

Bagi Dina Salted Egg Roasted Chicken Pasta (RM 26.90) dia paling unik. Awak makan pasta dengan kuah Salted Egg. Rasa dia sedap dan unik. Bahagian paling Dina suka ialah caj penghantaran adalah percuma.
Satu sahaja kelemahan Dahmakan ni ialah tukang hantar makanan. Masa mula-mula Dina beli tu memang servis laju. Dapat penghantar makanan yang peramah dan baik. Selepas beberapa kali beli, Dina dapat penghantar yang tidak professional. Dina pernah dapat yang tiada wang baki dan tanya Dina banyak kali macam mana nak selesaikan masalah tu. Dina pernah juga dapat penghantar yang berhenti jauh dan suruh Dina berjalan pergi dekat dia. Ada juga yang lewat sampai berjam-jam. Tapi jangan risau, Dina dah buat aduan dan berharap Dahmakan boleh perbaiki lagi di masa hadapan.

Kalau awak pelanggan baru Dahmakan dan nak diskaun kod, boleh guna "IRDINAYAM". Awak akan dapat RM10 diskaun sebanyak x 4 kali. Contoh awak pesan harga RM19.90, awak hanya perlu bayar RM9.90! Segala pesanan boleh dibuat melalui aplikasi Dahmakan atau laman sesawang Dahmakan.
★ 7.5 / 10
packaging dia nice lah. berbaloi dapat diskaun. boleh cuba nanti order dah makan
ReplyDeleteSelamat mencuba!
Deletebestnya ada Dahmakan in your area! All I have is foodpanda and recently Grabfood here in Kota Kinabalu.
ReplyDeleteFood and Lifestyle Blog
Aww. Too bad!
Deleteselalu jugak nampak delivery dahmakan ni. ingatkan macam foodpanda.
ReplyDeleteDina pun ingat macam FoodPanda. Tapi tak sama pun sebenarnya
Deletebaca tajuk ingatkan satu pertanyaan.. hehehe.. rupanya makanan yang sedap ni dari aplikasi dahmakan
ReplyDeleteHAHA. Yes! Dina mula-mula pun confuse.
DeleteX pernah order mknn guna apps paling teror pn Mcd delivery ngan pizza je...haha kesian akak ni kan
ReplyDeleteeh tkpe kak. Boleh belajar slow-slow. hehe
DeleteWah sedap tapi depa kena take note Dan betulkan so penghantar mkanan depa
ReplyDeletetu lah. Harap depa boleh improve lagi lepas ni.
DeleteThe salted egg butter chicken is my favourite! Dulu waktu kerja office tiap kali malas nka keluar lunch memnag order je dekat dahmakan ni. Tapi kena order awal, kalau lewat mesti yang sedap tu dah habis hahah.
ReplyDeleteYES! Selalu Dina akan order sehari sebelum. Itu pun kalau lambat sikit, memang habis. hahaha
DeleteBestnya.. malangnya kat sini tak ada.. huhuhu..
ReplyDelete