
Assalamualaikum dan hai semua,
Buat beberapa minggu ni, Dina rasa kurang sihat. Selalu balik kelas sahaja terus tidur. Memang tak fikir apa dah. Selera makan pun makin berkurang. Semua makanan nampak tak sedap. Tiba-tiba hari ini, ada orang ajak Dina cuba Burger On 16.
Risau juga nak rasa. Sebab tengah tak sihat ni, deria rasa pun entah okay ke tidak. Tapi, Dina gagahkan juga diri keluar pergi makan. Nak makan ubat kan?

Dina pesan burger Who Is Rosemary? Dalam burger ni ada sos lada hitam dan sos istimewa mereka sendiri. Dina terkejut dengan rasa sos dia. Unik dan sedap! Maka, terbukti deria rasa Dina masih berfungsi walaupun tengah sakit.
Untuk pengetahuan awak, sos istimewa mereka disediakan dalam botol asing. Terserah kepada kita nak cuba atau tak.

Daging burger tu sendiri penuh dengan Rosemary. Daging dia lembut sangat tapi tak tebal. Dina rasa tak puas makan sebab daging dia nipis. Roti burger ni lembut. Ala-ala roti yang Dina makan dekat Crust. Tapi Crust punya roti lagi sedap.
Saiz burger ni besar. Kalau awak penggemar burger, memang puas makan burger saiz ni. Dina pun tak terhabis. Dina pesan burger ni dalam combo, di mana Dina dapat kentang goreng dan Coke. Harga Who Is Rosemary? Combo ialah RM 24.90.

Burger satu lagi ialah Cheese Loaders. Tengok gambar pun sudah tahu, keju yang diletakkan tu memang tak kedekut. Dina sebenarnya sedikit kecewa dengan burger ni, sebab dalam menu ada sebut Mozzarella Cheese. Tapi masa makan, cuma rasa Cheddar Cheese sahaja. Ingatkan ada banyak Mozzarella Cheese sampai keju itu boleh ditarik. Cheese Loaders ni pun kami ambil yang combo. Satu set berharga RM 24.90 juga.
Kalau awak tanya Dina lebih suka yang mana, Dina akan kata Who is Rosemary? sebab rasa dia lagi unik berbanding Cheese Loaders. Cheese Loaders rasa macam makan Cheese Burger biasa sahaja. Jumlah yang kami bayar RM 49.80 tanpa caj servis.
★ 6.5 / 10
Terima kasih x
Menarik nya burger tu!
ReplyDeleteGet well soon, dear :) Sedap nampak burger Who is Rosemary tu! hehe nama pun unik seunik sosnya ya.
ReplyDeletenampak menarik. nama menu pun unik2 belaka. boleh cuba nanti.
ReplyDeleteWah nampak mcm.big potion tu sedapnya lahaii
ReplyDeleteMenarik juga ya burger dia tapi harga dia macam agak mahal sikit. Hehe
ReplyDeleteWaa..
ReplyDeleteNampak sedap burgernya.. besar...sos melimpah.
Nampak menarik dan menyelerakan.. boleh cuba nie..
ReplyDelete