Social Media

Skinfood Egg White Pore Mask


Assalamualaikum dan hai,
Hari ini Dina nak cakap tentang SKINFOOD Egg White Pore Mask. Buat yang tidak tahu, SKINFOOD ini produk dari Korea. Produk SKINFOOD ini kebanyakannya dari bahan-bahan yang biasa kita guna untuk memasak, seperti telur, gula perang dan lain-lain. Untuk skin care, Dina lebih gemar memilih produk yang menggunakan bahan organik sebagai bahan utama.


Dina ada kulit yang sensitif. Kalau salah pakai produk sikit, naik bintik-bintik dan gatal satu muka. Kalau teruk akan jadi merah dan bengkak. Dina tergerak untuk guna produk ini sebab mask ini fokus pada pores. Dina pun ada Pore-blems.

Masa mula-mula beli tu risau juga kalau mask ni bau telur putih. Busuk okay.  Tapi Alhamdulillah, bau dia wangi ye anak-anak. Dina tiada masalah dengan fragrance. Jika kulit awak sensitif dengan fragrance, maaf produk ini bukan untuk awak.


Ini contoh tekstur mask. Dina suka pakai 20 minit paling maksimum dan hanya pada waktu malam. Selalunya Dina akan Oil Cleansing dulu. Lepas itu, Dina akan cuci muka seperti biasa. Guna Foam Cleanser sebab Dina ada kulit kombinasi ke berminyak. Selesai hilangkan segala apa yang patut dekat muka baru Dina guna mask ini.


Dina suka mask ini sebab selepas pakai kulit rasa lembut dan white-heads Dina pun hilang sekali. Mask ni kena cuci ya. Bukan jenis peeling. Lepas basuh, Dina akan teruskan rutin Skin Care macam biasa.

Dina beli produk ini di Hermo. Tapi Dina tengok balik, produk ini tidak lagi dijual di Hermo. Tapi jangan risau, awak boleh dapatkan produk ini di Guardian.

Jadi, apa mask muka kegemaran awak?


Terima Kasih x

7 comments

  1. wahh macam best je yang nii. awak biasa pakai berapa kali seminggu/sebulan or everyday?

    saya tak pernah pakai mask jenis macam ni. biasa mask yang jenis sheet punya tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina pakai seminggu sekali. hehe. Awak suka pakai sheet mask apa?

      Delete
  2. Dah lama tak pakai mask...esok kena beli lah nampaknya

    ReplyDelete
  3. Suka pakai mask apa saja tapi lebih suka pakai sheet mask ^__^

    ReplyDelete
  4. oh my. lama dah tak pakai anything from Skinfood. selalu beli kat Althea. this actually one of the first wash-off masks I've tried.

    www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete
  5. sama la skintype kita! Boleh try nanti

    ReplyDelete
  6. Wow Boleh hilangkan Whitehead sekali laa

    ReplyDelete

Theme by STS